awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan

Bernama
Bernama
04/02/2026
14:18 MYT
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
Kebakaran itu mengancam nyawa dan kediaman di komuniti Forest Grove, kira-kira 250 kilometer barat daya Perth. - Freepik
SYDNEY: Penduduk dan pelawat di pantai barat daya Australia Barat (WA) pada Rabu malam diarahkan untuk mengosongkan kawasan kediaman mereka berikutan ancaman daripada kebakaran hutan berhampiran, lapor Xinhua.
Amaran kecemasan kebakaran hutan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Kecemasan WA (DFES) menyatakan bahawa kebakaran itu mengancam nyawa dan kediaman di komuniti Forest Grove, kira-kira 250 kilometer barat daya Perth.
Menurut DFES, kebakaran itu terkawal tetapi belum dikawal sepenuhnya dan sedang bergerak ke arah barat laut.
Orang ramai di sebahagian Forest Grove disarankan untuk segera meninggalkan kawasan itu jika jalan selamat, manakala mereka yang tidak dapat meninggalkan kawasan itu digalakkan bersedia untuk berlindung di rumah masing-masing.
"Anda dalam bahaya dan perlu bertindak segera untuk terus selamat," menurut amaran itu.
Pasukan bomba sedang giat memadam kebakaran dan bantuan udara dihantar bagi menyokong pasukan darat, menurut amaran itu.
Pada banci nasional 2021, Forest Grove mempunyai populasi seramai 253 orang manakala bandar Margaret River, kira-kira 15 km ke utara, mempunyai populasi lebih 7,000 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#australia barat
#pemindahan
#penduduk terjejas
#forest grove
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan