awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penuntut universiti didakwa mabuk, rempuh palang keselamatan pintu Istana Negara
Kerajaan puji mekanisme aduan profesional Majlis Media Malaysia - Fahmi
Kebakaran hutan terburuk dalam sedekad, 132,000 hektar musnah di Afrika Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Syamsul Haris dibenar tarik balik notis usul laporan bedah siasat

Bernama
Bernama
23/01/2026
07:30 MYT
Ibu Syamsul Haris dibenar tarik balik notis usul laporan bedah siasat
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ummu Haiman Bee Daulatgun (tengah), ibu Allahyarham Syamsul Haris, untuk menarik balik notis usul terhadap Hospital Kota Tinggi. -Gambar fail
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan ibu Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin untuk menarik balik notis usul yang mengarahkan Hospital Kota Tinggi, Johor membekalkan salinan laporan bedah siasat pertama pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai itu.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan ibu Allahyarham Syamsul Haris untuk menarik balik notis usul terhadap Hospital Kota Tinggi.
  • Permohonan tersebut dibuat selepas pihak keluarga menerima laporan bedah siasat pertama Syamsul Haris.
  • Kes kematian Syamsul Haris diklasifikasikan di bawah kesalahan membunuh untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Ummu Haiman Bee Daulatgun, 46, yang diwakili peguam Aiman Haziq Saiful Kamal.
Terdahulu, Aiman Haziq memaklumkan bahawa permohonan itu dibuat setelah pihaknya menerima laporan bedah siasat dan perubatan pertama Syamsul Haris pada 30 Dis lepas daripada pihak hospital serta pendakwaan.
Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah Natchiar tidak membantah permohonan itu.
Sementara itu, Aiman Haziq yang dibantu oleh peguam Muhammad Syawal Mohd Razak, ketika ditemui di luar mahkamah berkata pihaknya memohon untuk menarik balik usul tersebut dengan kebebasan memfailkannya semula jika terdapat perkembangan baharu pada masa hadapan.
Beliau berkata notis usul itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Okt lepas bagi memperoleh perintah mengarahkan Pengarah Hospital Sultan Ismail dan/atau Pengarah Hospital Kota Tinggi Johor membekalkan salinan laporan bedah siasat pertama serta nota keterangan daripada Bahagian Kecemasan dan Kemalangan hospital berkenaan kepada peguam keluarga si mati.
Aiman Haziq turut memaklumkan pihaknya kini menunggu perkembangan lanjut selepas kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 2 Dis lepas, Jabatan Peguam Negara mengarahkan agar kes kematian Syamsul Haris diklasifikasikan di bawah kesalahan membunuh untuk siasatan lanjut oleh pihak Polis Diraja Malaysia.
Pada 19 Ogos lepas, Ummu Haiman Bee memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi antaranya untuk membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan, dan mencadangkan prosiding inkues dimulakan bagi menyiasat kematian pelajar itu.
Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai 2025 di Hospital Kota Tinggi ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram, Johor dan dikebumikan pada 29 Julai tahun lepas di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu di Selangor.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah permohonan yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi ibu Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin? A: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan untuk menarik balik notis usul yang mengarahkan Hospital Kota Tinggi membekalkan salinan laporan bedah siasat pertama.
  • Q: Siapakah yang mewakili Ummu Haiman Bee Daulatgun dalam permohonan tersebut di mahkamah? A: Ummu Haiman Bee Daulatgun diwakili oleh peguam Aiman Haziq Saiful Kamal.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Jabatan Peguam Negara berkenaan kes kematian Syamsul Haris? A: Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes kematian Syamsul Haris diklasifikasikan di bawah kesalahan membunuh untuk siasatan lanjut oleh pihak Polis Diraja Malaysia.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Ummu Haiman Bee pada 19 Ogos lepas berkenaan kes Syamsul Haris? A: Ummu Haiman Bee memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi antaranya untuk membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan dan mencadangkan prosiding inkues dimulakan bagi menyiasat kematian pelajar itu.
  • Q: Bagaimanakah prosedur yang diambil oleh pihak Aiman Haziq setelah memohon untuk menarik balik notis usul tersebut? A: Aiman Haziq memohon untuk menarik balik notis usul dengan kebebasan memfailkannya semula jika terdapat perkembangan baharu pada masa hadapan.

Topic Berkaitan
#Syamsul Haris Shamsudin
#tarik balik notis usul
#Hospital Kota Tinggi
#Ummu Haiman Bee Daulatgun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan