awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tiri, bapa dihadapkan ke mahkamah kerana dera, bunuh kanak-kanak

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/06/2020
04:21 MYT
Ibu tiri, bapa dihadapkan ke mahkamah kerana dera, bunuh kanak-kanak
Pasangan suami isteri terbabit dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen Kulim hari ini. Gambar Astro AWANI
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim pada Rabu atas pertuduhan membunuh anak tirinya yang berusia dua tahun di Padang Serai dekat sini, tahun lalu.
Terdahulu, tertuduh, Rosniza Abd Wahab, 35, bersama suaminya, Mohd Khairul Nazri Md Noor, 36, yang juga bapa kandung kanak-kanak terbabit, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kulim atas pertuduhan mendera dan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.
Di hadapan Majistret Che Rohana Ismail, Rosniza berhadapan pertuduhan melakukan pembunuhan menyebabkan kematian Muhammad Kahfi Mohd Khairul Nazri di Taman Serai Wangi 4, Padang Serai, pada jam 9 pagi, 29 Mei tahun lalu.
Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Abdul Ghani dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 13 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, di hadapan Hakim Musyiri Peet di Mahkamah Sesyen, Rosniza dan Mohd Khairul Nazri, didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu bersama-sama di alamat dan waktu yang sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas kanak-kanak terbabit mendera dan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum 20 tahun atau kedua-dua sekali.
Musyiri menetapkan 13 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Abdul Ghani dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Fieza Fazlin Fandi.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia di Hospital Kulim dipercayai akibat didera ibu tiri dan bapanya.
Polis menerima laporan pada 30 Mei tahun lalu daripada bapa mangsa mendakwa kanak-kanak itu terjatuh daripada katil sebelum kedua-dua pasangan itu ditahan selepas keputusan bedah siasat diperoleh.
Topic Berkaitan
#Bapa kandung
#bunuh
#dera
#ibu tiri
#Kanak-kanak
#kecederaan
#lelaki
#magsa pembunuhan
#mahkamah
#mengaku tidak bersalah
#penderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan