Ibu tunggal ini pernah kehilangan tempat bergantung apabila terpaksa berpindah selepas rumah yang didiami dilelong setahun yang lalu, namun itu tidak menjadikan dia lemah sebaliknya penguat semangat untuk mengubah nasib diri dan lima anaknya.
Zairihan Zainuddin, 43 tahun, berkata meskipun ujian yang datang pada ketika itu seakan bertimpa-timpa apabila dia kemudiannya terlibat kemalangan pada tahun yang sama, sehingga menyebabkan bahagian muka kanannya mengalami kerosakan saraf dan matanya menjadi kabur tetapi dia cekalkan hati untuk mengharunginya demi anak-anak.
“Masa itu saya sudah hampir mengalah namun demi masa depan anak-anak, saya gagahkan diri dan bangkit semula untuk memastikan anak-anak saya yang berusia 9 hingga 18 tahun mendapat kehidupan yang lebih baik.
“Rakan-rakan sering memberi kata-kata semangat dan dorongan untuk saya tidak hanyut dalam kesedihan. Sampai bila kita nak terus bersedih? Kekuatan anak-anak juga menjadi pembakar semangat untuk saya bangkit tanpa menoleh ke belakang lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat PPR Taman Jasmin.
Justeru Zairihan mengambil keputusan untuk menuntut ilmu menjahit bagi menjadikan ia sebagai sumber rezeki untuk menampung keperluan keluarga dan meneruskan kehidupan.
“Saya mula belajar dengan rakan-rakan yang pandai menjahit dan meminta mereka mengajar teknik-teknik menghasilkan pakaian yang lebih cantik dan berkualiti. Alhamdullilah, mereka sangat membantu dan mengajar saya secara percuma tanpa mengenakan sebarang bayaran.
“Tidak lama selepas itu, saya sudah boleh menjahit dan saya mampu untuk menghasilkan 10 hingga 15 pasang baju selama sebulan, permintaan lebih tinggi apabila menjelang musim perayaan ini.
Katanya bagi musim perayaan ini, beliau menerima tempahan antara 20 hingga 30 pasang baju dan kebanyakan pelanggan terdiri daripada jiran, rakan-rakan termasuk doktor dan jururawat yang pernah merawatnya ketika beliau sakit dahulu.
“Rezeki tidak pernah putus…sentiasa ada sahaja bantuan juga diberikan tanpa diduga,” katanya.
Katanya, beliau kini mengorak langkah baharu dengan menghasilkan beg telekung buatan sendiri.
“Buat masa ini saya menghasilkan beg telekung buatan sendiri dan mula menjualnya secara atas talian dan media sosial, ada juga kawan-kawan yang tolong jualkan beg ini. Satu beg telekung ini berharga RM40 dan kini saya menghasilkan 30 beg setiap bulan bagi menambah pendapatan.
Selain itu, Zairihan juga turut menjual produk kosmetik bagi menambah pendapatannya selain menjahit dan menghasilkan beg telekung buatan sendiri.
“Perancangan saya adalah untuk mengadakan ‘Mobile Spa’ iaitu membuat rawatan muka dari rumah ke rumah dalam masa terdekat ini. Ini merupakan hasil dorongan pelanggan yang membeli produk kosmetik yang memberi semangat dan mencadangkan saya untuk membuat Mobile Spa tersebut,” katanya.
Zairihan berkata disebabkan hanya beliau seorang sahaja yang menjadi tempat bergantung bagi anak-anaknya, beliau perlu mencari jalan alternatif bagi memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang mencukupi tanpa mengharapkan ihsan dan bantuan daripada orang lain.
“Sebagai seorang ibu tunggal saya kena kuat demi anak-anak dan menjadi benteng serta melindungi anak-anak ini untuk berjaya. Anak sulung saya kini berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah dalam jurusan Perakaunan dan saya mahu anak-anak yang lain juga berjaya mencapai cita-cita mereka,” katanya.
Beliau juga melahirkan rasa terharu dan bersyukur apabila Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun banyak membantu keluarganya ketika beliau kehilangan tempat tinggal pada bulan Mei lepas.
“Alhamdullilah… saya berjaya menduduki rumah yang selesa ini dengan kos yang lebih murah pada bulan Disember lepas. Saya juga turut menerima inisiatif Care For You (C4U) Ibu Tunggal Negeri Sembilan 2019 yang diperkenalkan baru-baru ini dan ia banyak membantu saya dari segi menambah pendapatan harian keluarga,“ katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2019
Zairihan mengambil keputusan untuk menuntut ilmu menjahit bagi menjadikan ia sebagai sumber rezeki. - Gambar hiasan
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.
Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki
N Retha didakwa memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mencadangkan peruntukan kira-kira RM3 bilion bagi Belanjawan 2025.
Tidak lagi mampu menyanyi, menjahit, ibu tunggal kudung kaki rayu bantuan
Megala yang kematian suami turut diuji apabila dua anaknya disahkan menghidap diabetes dan bergantung pada ubat.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah
KPWKM akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin
Seorang ibu tunggal dihukum denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan MyKad palsu sewaktu bersalin.
Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.
Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella
Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.