KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat penghantaran jelik dan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam blog MalaysiaFlipFlop.
Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Lai Yuet Ming, 65, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu pada 6 Dis lepas.
Lai didenda RM6,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan membuat penghantaran tersebut terhadap Yang di-Pertuan Agong manakala denda RM4,000 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan membuat penghantaran jelik dan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Muhyiddin.
Wanita itu didakwa membuat kenyataan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dalam blog MalaysiaFlipFlop pada 21 Mac 2020, dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.
Bagi perbuatan itu, pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lai juga didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat jelik terhadap perdana menteri ketika itu, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui blog yang sama pada 23 Mac 2020.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas sabitan.
Kedua-dua pautan itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada 1.40 petang, 6 Mei 2020 dan pada 10 malam, 21 Mac 2020.
Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang manakala peguam Rajsurian Pillai mewakili Lai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 21 2021

Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Lai Yuet Ming (gambar fail) selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah. - Gambar fail/BERNAMA

'Yasin ubah saya ke arah kebaikan' - Faizal Tahir
Faizal berkata, banyak perkara tentang kehidupan yang dipelajari daripada Yasin, terutama melibatkan hal-hal berkaitan agama dan juga al-Quran.

"Orang Melayu jangan sombong"
Sikap taksub terhadap ideologi politik menjadi salah satu punca kewartawanan Melayu di negara ini 'terbunuh' dan tidak berkembang berbanding pemberitaan dalam bahasa Cina.

Kewartawanan Melayu perlu diperkasakan semula
Kewartawanan Melayu menjadi asas kepada dunia kewartawanan di negara ini. Justeru, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican berpandangan, kewartawanan Melayu perlu diperkasakan semula.

Kerja naik taraf dua terminal feri Pulau Pinang siap sebelum Julai
Kerja-kerja di dua terminal tersebut sudah mencapai 90 peratus dan akan dibuka serentak.

AWANI Ringkas: Bekalan ayam pulih Jun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya fobia dipanggil katak'
Dia kini sedang mengambil pendekatan untuk melihat situasi politik semasa, namun dalam masa sama menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pelajar kena renjatan elektrik dipindah ke HSB
Mangsa yang berusia 19 tahun itu tidak sedarkan diri selepas memegang corong peniup di kawasan berkenaan yang dilanda banjir kilat.

Jangan salah faham isu Tengku Zafrul calon Parlimen Sungai Besar - Jamal Yunos
UMNO bahagian itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja pemimpin termasuk menteri daripada parti itu untuk membantu Selangor.

Inflasi makanan: Kerajaan laksana pelbagai strategi ringankan beban rakyat
Inflasi makanan adalah fenomena yang melanda seluruh dunia dan Malaysia turut tidak terkecuali merasai kesannya.

Exco kecewa majikan 'degil' biar pekerja tidur atas papan
Kawasan penginapan juga sangat kotor dan menjijikkan termasuk bilik air daif dipercayai terpaksa dikongsi kira-kira 27 pekerja warga asing lebih 10 tahun lalu.

Fahmi Reza didakwa lagi buat hantaran jelik di media sosial
Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.

Fahmi Reza didakwa buat hantaran jelik berhubung isu kuarantin menteri di Twitter
Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Ibu tunggal didenda RM10,000 buat hantaran jelik, kenyataan memfitnah Agong dan bekas PM
Seorang ibu tunggal didenda RM10,000 kerana membuat penghantaran jelik dan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penganggur didenda RM8,000 buat pernyataan jelik terhadap bekas menteri
Seorang penganggur didenda RM8,000 kerana membuat penghantaran pernyataan jelik terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Empat lelaki nafi hina TYT Melaka
Mereka didakwa membuat komen jelik yang menghina Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di laman sosial milik mereka, bulan lalu.

Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik di media sosial
Sarajun Hoda Abdul Hassan didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya mengenai agama Islam di Facebook.