KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik berhubung majlis solat hajat berkaitan COVID-19 di Facebook miliknya, dua tahun lepas.
Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Hong Jia Ming, 34, selaku orang kena saman (OKS) selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Mahkamah turut memerintahkan perunding di sebuah syarikat swasta itu menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Wanita itu membayar denda berkenaan.
Sebelum dijatuhkan hukuman, Hong memohon maaf kepada mahkamah atas perbuatannya yang menyinggung perasaan orang lain.
Mengikut pertuduhan, Hong didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik berkenaan menggunakan akaun Facebook "Joyceanne Hong" dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 9.22 malam, 12 Mac 2020.
Hantaran itu kemudian dibaca di Masjid Muadz Bin Jabal, Wangsa Maju di sini pada 12.41 tengah hari pada 13 Mac 2020.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS termasuk orang awam supaya tidak membuat sebarang hantaran di media sosial yang boleh mengganggu keharmonian dan perpaduan negara.
"Walaupun hantaran itu di 'Facebook Story', ia tetap kekal berada dalam akaun media sosial tersebut seperti bahagian kotak undian 'So stupid' atau 'Support them' telah mendapat sambutan dalam kalangan kawan-kawan di Facebook OKS," katanya.
Beliau berkata hantaran itu telah tular di kumpulan WhatsApp bekas syarikat wanita berkenaan dan telah dimuat naik oleh OKS yang mencabuli hak kebebasan bersuara seperti mana yang diperuntukkan setiap individu warganegara Malaysia.
Peguam Haijan Omar yang mewakili Hong memohon supaya anak guamnya dikenakan bon berkelakuan baik atau hukuman denda minimum dengan mengambil kira wanita itu menanggung seorang anak lelaki berumur sembilan tahun, selain mempunyai masalah sakit jantung.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022

Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik berhubung majlis solat hajat. - Gambar hiasan

COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim
Langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara.

SC cadang perkenal mekanisme pindahan diperkemas ke pasaran utama
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merancang untuk memperkenalkan mekanisme pindahan diperkemas yang akan membolehkan syarikat pasaran ACE berkelayakan berpindah ke Pasaran Utama mulai 2024.

Malaysia catat pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion pada Jan-Sept 2023, naik 6.6 peratus - MIDA
Sektor perkhidmatan menyumbang RM117.7 bilion, diikuti sektor pembuatan RM99.8 bilion dan sektor utama bernilai RM7.5 bilion.

Nestle Malaysia, PBSMM sumbang 4,000 kotak bantuan kepada mangsa banjir
Nestle komited untuk menyokong sekali gus menghulurkan bantuan menerusi pelbagai program terutama kepada mereka yang terkesan akibat banjir.

Terengganu sertai 36 jenis sukan di SUKMA 2024
Terengganu akan menyertai 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos tahun depan.
Boris Johnson kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik
Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Rabu memohon maaf dan kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik COVID-19.
Hubungan erat Rusia-UAE tidak pernah berlaku sebelum ini - Putin
Hubungan antara Rusia dan Emiriah Arab Bersatu berada pada tahap tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.
Situasi semasa di Gaza semakin teruk setiap jam
Pegawai WHO di Gaza memberitahu situasi semasa wilayah itu semakin teruk setiap jam susulan pengeboman bertubi-tubi rejim zionis di sekitar bandar Khan Younis dan Rafah.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Wanita maut, dua remaja lelaki cedera dalam tembakan di London
Seorang wanita terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di Hackney, London.

Ibu tunggal terpedaya ‘Love Scam’, rugi lebih RM170,000
Seorang ibu tunggal kerugian lebih RM170,000 akibat terpedaya dengan sindiket 'Love Scam' atau penipuan cinta.

Ibu tunggal terpaksa berhenti menoreh urus anak lumpuh
Norhaniza Arifin yang berusia 15 tahun patah paha dan tangan kanan sehingga menyebabkan dia tidak mampu duduk mahupun berdiri akibat kemalangan.

'Beli barang tak sama macam dulu'
Sebelum ini, bantuan tambahan RM500 kepada ibu tunggal diteruskan dan mereka juga layak menerima BKM maksimum RM3,000 dalam Belanjawan 2023.

Ibu tunggal, rakan tomboi tukar pengakuan bersalah aniaya, abai anak
Seorang ibu tunggal bersama teman serumahnya yang berperwatakan seperti lelaki, menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.

Mahkamah tolak permohonan ibu tunggal batal penukaran agama 3 anak secara unilateral
Mahkamah Tinggi menolak permohonan ibu tunggal, Loh Siew Hong untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam secara unilateral tanpa persetujuannya oleh bekas suaminya.

Ibu tunggal didenda RM21,000 alih data sulit syarikat bekal penstriman kandungan tanpa kebenaran
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu selepas Teo Kia Lim, 45, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan.

Lacur: Ibu tunggal didenda RM2,500
Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas.

Rezeki Ramadan, ibu tunggal dapat rumah baharu percuma
Bagi ibu tunggal, Siti Norizan Hasan@Husin, 43, dari Kampung Bapong, dia menzahirkan rasa gembira dan terharu apabila impian memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai.

11 Mei keputusan permohonan ibu tunggal batal penukaran agama tiga anak
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan melalui Zoom daripada pihak-pihak terlibat.

Patah tangan, bahu tercabut diserang sawan ketika hamil
Siti Hafizoh Mohd Isri terpaksa menjalani pembedahan segera bagi menyelamatkan kandungan yang ketika itu berusia 33 minggu.