PEKAN: "Kalau tiada bantuan (rumah) ni, entah ke mana lah makcik nak duduk..sepanjang menanti rumah baru siap makcik menumpang di rumah kedai (bengkel) anak lelaki.
Demikian kata ibu tunggal, Norkori Abu Talib, 64, dari Kampung Permatang Pauh di sini yang melahirkan rasa syukur dengan keprihatinan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di atas kurniaan rumah baharu.
"Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat jelata. Saya anggap ini rezeki yang ditunggu-tunggu selepas ditimpa tragedi kehilangan rumah lama akibat kebakaran pada Disember tahun lalu.
"Sebelum ini sepanjang menumpang tinggal di rumah kedai anak lelaki tidaklah selesa seperti rumah sendiri. Namun Alhamdulillah Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) turut menawarkan pembiayaan sewa rumah sementara tunggu rumah baru siap dibina," katanya pada majlis penyerahan kunci rumah baru di Kampung Permatang Pauh, di sini semalam.
Replika kunci serta bantuan asas dari MUIP disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abd Rahman.
Turut sama, Pengurus MUIP Cawangan Daerah Pekan, Mohd Nasrul Hakim Mat Daud yang juga Ketua Kampung Permatang Pauh serta Pegawai Khas Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, Ahmad Khairuddin Mat Taib.
Dalam pada itu, Norkori berkata, keprihatinan Pemangku Raja Pahang yang juga Yang Dipertua MUIP, wakil rakyat serta pemimpin setempat meringankan beban yang ditanggung.
"Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada raja dan pemimpin negeri ini yang segera bertindak demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
"Alhamdulillah, semua kesediaan terubat dengan kurniaan yang diterima dan saya juga berterima kasih kepada pembayar zakat kerana membantu golongan asnaf yang memerlukan," katanya.
Norfarhiza Mohd Atar
Fri Jul 01 2022

Asmadi Rahman menyampaikan replika kunci kepada Norkori Abu Talib, 64 tahun, di Kampung Permatang Pauh, Pekan, 30 Jun 2022. - Astro AWANI

Kajian Pelan Tindakan Strategik Pengangkutan Awam mantapkan pengangkutan awam negara
Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kementerian Ekonomi sedang dalam perancangan melakukan kajian Pelan Tindakan Strategik Pengangkutan Awam bagi memantapkan lagi sektor itu.

Khadijah Ibrahim terima Anugerah Inspirasi Sepanjang Zaman
Khaty berkata beliau gembira dan bersyukur atas penghargaan itu, serta meminta anak-anak agar terus berbakti kepada orang tua mereka yang sememangnya dituntut dalam Islam.

CFO Kumpulan IHH Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) IHH Healthcare Bhd Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023 sehingga tamat kontrak pekerjaannya di Malaysia menjelang 31 Jan 2024.

Serangan seksual: Mahkamah kembalikan hukuman penjara 10 tahun terhadap peniaga
Mahkamah Rayuan mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya.

Siti Nurhaliza mahu bangunkan galeri sendiri
Menurut Siti, sungguhpun sudah lama mencetuskan idea untuk membangunkan sebuah galeri, namun masih tiada lagi perbincangan serius antara dirinya dan pihak pengurusan.
TNB mengorak langkah penting memacu TBB berskala besar
TNB mengorak langkah penting dalam komitmennya memacu TBB berskala besar dan inisiatif teknologi bersih dengan menerajui tiga projek utama yang digariskan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Perarakan Maulidur Rasul: 52 terbunuh dalam letupan di Balochistan Pakistan
Satu letupan kuat ketika perarakan sambutan maulidur rasul melanda wilayah Balochistan di barat daya Pakistan pada Jumaat, mengorbankan 52 nyawa manakala berpuluh-puluh yang lain.
Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM47.59 bilion daripada RM51.07 bilion pagi ini, tetapi mudah tunai dana islam meningkat kepada RM20.88 bilion daripada RM17.74 bilion sebelumnya.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM47.59 bilion daripada RM51.07 bilion pagi ini, tetapi mudah tunai dana islam meningkat kepada RM20.88 bilion daripada RM17.74 bilion sebelumnya.
Pantau Agenda Reformasi: Penarafan Universiti: Apa sumbangan kepada masyarakat?
Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa IsHAK, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara
Tourism Malaysia lancar "Let's Go MRXD" musim kedua, guna teknologi Metaverse
Tourism Malaysia meneroka percubaan pertamanya ke dalam teknologi Metaverse dengan melancarkan "Let's Go MRXD" musim kedua dengan menampilkan pengalaman mengembara ke beberapa lokasi menarik di seluruh Malaysia menggunakan teknologi Metaverse.

Agong lancar Program Kembara Kenali Borneo
Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo disempurnakan Yang di-Pertuan Agong serta Santapan Malam Bersama Masyarakat Tawau, di sini pada malam Ahad.

Peniaga Pantai Bisikan Bayu hilang pendapatan, diarah pindah
Lebih menyedihkan lagi apabila kebanyakan peniaga terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan golongan asnaf itu buntu memikirkan nasib mereka selepas ini.

MAIWP agih lebih RM76 juta dana zakat kepada asnaf
MAIWP telah mengagihkan dana zakat berjumlah RM76,918,556.50 kepada asnaf menerusi pelbagai program dan inisiatif sepanjang Ramadan tahun ini.

25 peratus lagi capai sasaran 80 peratus liputan 5G - Fahmi
Peratus capaian rangkaian 5G di Malaysia setakat penghujung Mac lepas telah mencapai 55 peratus, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 secara sederhana
Ia selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai langkah penjimatan dalam perbelanjaan yang perlu diamalkan.

Karnival MAIWP 2023 santuni golongan asnaf, B40
Karnival dua hari itu akan diadakan di Dataran Merdeka dan terbuka untuk semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama.

LZS terus perkasa pembangunan pendidikan generasi kedua asnaf
LZS terus memperkasa rancangan pembangunan pendidikan untuk generasi kedua keluarga asnaf yang dilihat sebagai kumpulan berpotensi membawa keluarga mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

Asnaf tidak sepatutnya terus dimanjakan
Golongan asnaf perlu dibantu memajukan diri, misalnya dengan menceburi bidang tertentu yang dapat membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Johor rancang sediakan bekalan minyak masak untuk golongan asnaf
Sekiranya dipersetujui, MAIJ akan bertindak sebagai perantara bagi tujuan pengedaran minyak masak kepada golongan memerlukan.

Ibu tunggal syukur terima bantuan rumah baharu
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat jelata.