awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICRC kurangkan Belanjawan 2026 sebanyak 17 peratus, berpotensi buang sekitar 2,900 pekerja

Bernama
Bernama
21/11/2025
22:40 MYT
ICRC kurangkan Belanjawan 2026 sebanyak 17 peratus, berpotensi buang sekitar 2,900 pekerja
ICRC "mengambil langkah lanjut untuk menyusun semula belanjawannya dalam suasana kewangan yang mencabar dalam sektor kemanusiaan" dan akan memberi tumpuan kepada menyediakan bantuan kepada mereka yang paling terkesan oleh konflik di seluruh dunia.
MOSCOW: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) akan mengurangkan Belanjawan 2026 sebanyak 17 peratus berbanding 2025, dengan kira-kira 2,900 pekerja mungkin diberhentikan, menurut kenyataan organisasi itu yang dikeluarkan pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Keputusan oleh Majlis ICRC untuk meluluskan Belanjawan 2026 sebanyak 1.8 bilion franc Swiss (AS$2.2 bilion), pengurangan 17 peratus berbanding 2025. Pemotongan ini dibuat sebagai respons kepada penurunan sumbangan penderma bagi bantuan kemanusiaan, meskipun bilangan konflik global semakin meningkat," menurut kenyataan itu.
ICRC "mengambil langkah lanjut untuk menyusun semula belanjawannya dalam suasana kewangan yang mencabar dalam sektor kemanusiaan" dan akan memberi tumpuan kepada menyediakan bantuan kepada mereka yang paling terkesan oleh konflik di seluruh dunia. Maka, organisasi itu akan terus beroperasi di "zon konflik paling kritikal", termasuk Ukraine, Sudan, dan Republik Demokratik Congo.
"Hari ini, kami berdepan gabungan berbahaya konflik bersenjata yang meningkat, pemotongan besar dalam pembiayaan bantuan dan daya toleransi sistemik terhadap pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa (IHL).
Realiti kewangan ini memaksa kami membuat keputusan sukar untuk memastikan kami dapat terus menyalurkan bantuan kemanusiaan penting kepada mereka yang paling memerlukannya," kata Presiden ICRC, Mirjana Spoljaric.
Pemotongan itu akan melibatkan penghapusan sekitar 2,900 jawatan dalam ICRC, dengan satu pertiga daripadanya dicapai melalui peletakan jawatan secara sukarela dan tidak mengisi kekosongan sedia ada.
Pada masa ini terdapat lebih 130 konflik bersenjata di seluruh dunia, kebanyakan daripadanya berlarutan lebih sedekad, dan sebarang pemotongan dana akan terus mengurangkan jumlah bantuan yang sampai kepada mereka yang memerlukan, menurut kenyataan itu.
Kenyataan ICRC itu hadir susulan beberapa laporan tentang pemberhentian besar-besaran pekerja dalam organisasi kemanusiaan antarabangsa lain.
Pada 6 Oktober, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mengumumkan pengurangan 5,000 jawatan berikutan defisit belanjawan.
Akhir Mac, Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) turut mengurangkan kira-kira 7,000 jawatan.
Pada 17 November, Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Gilbert Houngbo memberi amaran mengenai krisis kewangan "serius" dan "belum pernah berlaku sebelumnya" di ILO, sambil menyatakan kira-kira 200 daripada 3,500 pekerja telah diberhentikan, dengan pengurangan sehingga 300 pekerjaan lagi dijangka.
Pada 19 November, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, WHO akan mengurangkan kira-kira 1,300 pekerja akibat kekurangan belanjawan susulan pengunduran Amerika Syarikat daripada organisasi itu, yang menyumbang kira-kira 18 peratus daripada pembiayaannya.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Topic Berkaitan
#ICRC
#Belanjawan 2026
#ICRC buang pekerja
#IOM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan