MALAYSIA
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (4 - 10 Julai, 2016)

Berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 4 sehingga 10 Julai, 2016. - Gambar fail
BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 4 Julai hingga 10 Julai.
Antara tajuk-tajuk utama minggu lalu termasuk letupan di luar Masjid Nabawi, Madinah dipercayai angkara pengebom bunuh diri, kemalangan jalan raya di Gua Musang yang mengorbankan tujuh sekeluarga dan kesesakan jalan raya melampau di Indonesia yang mengakibatkan 12 kematian.
ISNIN, 4 JULAI
Tujuh sekeluarga maut manakala lapan cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Renok di sini, awal pagi ini.

Kenderaan jenis Myvi yang membawa tujuh sekeluarga berkenaan remuk dirempuh lori tersebut. - Foto Astro AWANI
SELASA, 5 JULAI
Satu letupan dipercayai angkara pengebom bunuh diri dilaporkan berlaku di luar perkarangan Masid Nabawi di Madinah, Arab Saudi pada Isnin (waktu tempatan), lapor media tempatan negara itu.

Kebakaran berlaku di luar perkarangan Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi pada Isnin.
Dua lelaki bersenjatakan parang melarikan wang tunai kira-kira RM754,000 dalam kejadian samun di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur di Jalan Genting Kelang, Setapak di sini hari ini.

Suspek bertindak mengacukan parang ke arah seorang pegawai awam perempuan sebelum bertindak merampas wang tunai di kaunter bilik Unit Hasil. - Foto Astro AWANI
RABU, 6 JULAI
Penyerang Barcelona Lionel Messi dan bapanya pada Rabu dihukum penjara 21 bulan dan didenda sejumlah 3.7 juta Euro (RM16.6 juta) oleh sebuah mahkamah di Sepanyol kerana penipuan cukai.

Hukuman penjara mungkin digantung kerana ia merupakan kesalahan pertama bagi satu kes jenayah tidak berat.
Hanya kerana kemalangan kecil, seorang pemandu warga emas diserang sekumpulan lelaki di bazar Ramadan di Jalan Masjid India, menyebabkan kerosakan pada kereta pemandu tersebut.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini, dan suspek sedang dikenalpasti melalui sebuah video amatur dan gambar yang dimuat naik di laman sosial.
KHAMIS, 7 JULAI
Muhammad Aqil Aliuddin Mohammad Amin Firdaus tidak langsung memanggil nama ibu bapanya seolah-olah memahami dia kini yatim piatu.

Aqil seolah-olah tidak mahu berpisah dengan kenangan baju yang dipakaikan oleh ibunya. - Foto Astro AWANI
Sebuah pusat hiburan di ibu negara pagi tadi digegar dengan satu insiden tetak yang meragut dua nyawa.

Siasatan awal polis mendapati sekumpulan suspek yang menaiki dua buah kenderaan berhenti di hadapan premis tersebut, sebelum menyerang ketiga-tiga mangsa.
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan beliau tidak akan kembali kepada UMNO.

Menurut Shafie, ia satu perbuatan yang tidak seharusnya berlaku dalam UMNO. - Gambar Astro AWANI
Sepasang suami isteri maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM24.5, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi dekat sini, pagi tadi.

Siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan dua hala yang lurus dengan garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan. -Gambar: Twitter/JBPM
JUMAAT, 8 JULAI
Dua belas orang terkorban selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang berpanjangan selama tiga hari.

Kesesakan yang 'parah' sepanjang 20km di Brebes, Indonesia. - Twitter/@SindotrijayaFM
Beli mana dahulu? Rumah atau kereta? Itu antara dilema anak muda yang baru menceburi alam pekerjaan dan menerima gaji pertama.

Menjawab dilema yang sering melanda, Faizul menasihatkan golongan muda supaya membeli rumah lebih dahulu berbanding kereta. - Astro AWANI / Tan Su Lin
SABTU, 9 JULAI
Penggunaan cermin gelap dan filem penghadang haba kenderaan kini tidak lagi dilihat sebagai aksesori tambahan, malah lebih kepada keperluan, oleh pemilik kenderaan.

Ramai pengguna kenderaan menganggap cermin gelap satu keperluan, JPJ perlu tingkatkan peratusan maksimum kegelapan.
Jika suara yang merdu boleh menjadi penentu sejauh mana satu bakat seni boleh melangkah, maka suara yang satu ini tentu sekali tidak punya masalah untuk dibawa ke mana sahaja.

Suara merdu Adinda mengagumkan penonton.- Foto/YouTube
AHAD, 10 JULAI
Satu kemalangan dilaporkan berlaku petang Ahad, di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) KM265.8 arah selatan (Menora-Ipoh), membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan.

Aliran trafik di lebuhraya itu dilaporkan sesak teruk susulan kejadian berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami