Antara tajuk-tajuk utama minggu lalu ialah pengasas Mydin meninggal dunia, polis menghentikan siasatan terhadap laporan yang dibuat Khairul Azwan, Jabatan Imigresen akan melaksanakan sistem permohonan dan pembaharuan pasport secara atas talian (online) seawal September ini.
Isnin, Ogos 1, 2016:
Pengasas Mydin meninggal dunia pada usia 88 tahun
Pengasas rangkaian pasar raya Mydin, Mydin Mohamed Ghulam Hussein meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada Isnin, kerana sakit tua.
Anak Allahyarham yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, 60, berkata bapanya yang berusia 88 tahun itu meninggal dunia pada 5.06 petang.
Selasa, Ogos 2, 2016:
Polis hentikan siasatan terhadap laporan konspirasi Khairul Azwan
Polis telah menghentikan siasatan terhadap laporan yang dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun 26 Julai lalu berhubung tiga individu, yang dikatakan terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ia dihentikan kerana siasatan awal polis mendapati laporan yang dibuat oleh Khairul Azwan itu hanya berdasarkan andaian sahaja.
Polis tubuh pasukan khas buru pembunuh upahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu pembunuh upahan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pasukan khas itu mengabungkan tiga unit elit.
Rabu, Ogos 3, 2016:
Gara-gara sebut perkataan 'bom' penerbangan ditangguh
Khamis, Ogos 4, 2016:
Permohonan pasport secara online bakal dilaksana semula September ini
Jabatan Imigresen akan melaksanakan sistem permohonan dan pembaharuan pasport secara atas talian (online) seawal September ini.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya mengambil serius dengan isu kelewatan proses memohon dan memperbaharui pasport yang berlaku.
"Kita akan laksanakan sistem online 100 peratus September ini untuk mempermudahkan urusan orang ramai
Gadis hilang dipercayai ikut teman lelaki dikenali di WeChat
Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah hilang selepas dipercayai mengikut teman lelaki yang baru sahaja dikenalinya melalui aplikasi, WeChat.
Jumaat, Ogos 5, 2016:
'Umat Islam tidak dibenarkan bermain Pokemon Go' - Mufti WP
arakter Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lepas.
Sabtu, Ogos 6, 2016:
Bertudung atau tidak, itu hak individu - TMJ
Setiap individu mempunyai hak untuk melakukan sesuatu asalkan ia bersesuaian dan tidak bercanggah dengan keadaan semasa.
Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam isu bertudung, seseorang itu tidak berhak diadili hanya kerana mereka memilih untuk tidak memakai tudung.
“Dalam agama, tiada siapa yang berhak mengadili seseorang individu, tiada siapa yang berhak mengatakan anda akan ke syurga atau anda akan ke neraka. Itu kerja Tuhan,” katanya.
JDT bakal menubuhkan pasukan bola sepak wanita
Ahad, Ogos 7, 2016:
Rakyat Malaysia ditahan bawa dadah di lapangan terbang di Medan
Seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Kuala Namu di Medan, Sumatera Utara petang semalam setelah didapati membawa 1,025 gram dadah sintetik dalam poket seluarnya.
Media tempatan hari ini memetik Ketua Polis Daerah Deliserdang Robert Da Costa sebagai berkata, lelaki berusia 27 tahun itu berasal dari Pulau Pinang dan tiba dengan menaiki pesawat tambang rendah dari negeri itu.