SHAH ALAM: Platform digital Idea Bina Negara (IBN) yang membolehkan golongan belia mengemukakan idea dan inspirasi ke arah pembangunan negara telah menerima lebih 12,000 pandangan daripada anak muda seluruh negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau amat berbesar hati kerana penyumbang idea terbesar adalah dalam kalangan belia berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun iaitu sebanyak 57.9 peratus.
"Dalam usaha memperkukuhkan semangat Keluarga Malaysia, kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap belia dan anak muda dengan memastikan luahan suara mereka sentiasa didengari dan diberikan perhatian.
"Ini kerana anak-anak muda mempunyai idealisme yang sangat penting kerana mereka didedahkan idea-idea yang lebih progresif yang diperoleh melalui input internet sama ada dari dalam mahupun luar negara," katanya pada Majlis Perasmian IBN 2022 di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata data dan maklumat yang diperoleh menerusi IBN itu akan membantu kerajaan dalam menyediakan inisiatif dan insentif yang bersesuaian untuk golongan anak muda.
Beliau berkata kerajaan sememangnya memerlukan sokongan padu golongan belia dan anak muda untuk membangunkan Malaysia dan beliau percaya inisiatif platform digital IBN telah membuka ruang kepada seluruh anak muda untuk menyalurkan idea dan menyuarakan permasalahan kepada kerajaan.
"Saya yakin, dengan mengambil cakna terhadap suara, solusi, dan aspirasi anak muda kepada kerajaan, kita mampu untuk bersama-sama menjayakan agenda besar pemulihan negara," kata beliau.
Ismail Sabri berkata analisis teks menggunakan teknologi kepintaran buatan menunjukkan idea yang diajukan melalui aplikasi IBN bersifat positif dan membina dengan sebanyak 12 peratus anak muda menyuarakan tentang isu politik dengan menyentuh aspek kestabilan, prestasi kerajaan serta kualiti dan kematangan pemimpin.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan amat prihatin terhadap isu peluang pekerjaan yang menghantui golongan anak muda masa kini dengan 46.2 peratus hanya memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 sebulan.
Sehubungan itu, perdana menteri berkata kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk perantis lepasan sekolah dan graduan yang membenarkan majikan untuk menggaji pekerja berusia 18 hingga 30 tahun dengan menyediakan insentif berjumlah RM900 sebulan.
Beliau berkata kerajaan turut memperkenalkan pelan pembiayaan berjumlah RM150 juta yang disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional dan Agrobank khusus untuk golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada sesi dialog awam sempena Majlis Perasmian Idea Bina Negara (IBN) 2022 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

Idea Bina Negara terima lebih 12,000 pendapat anak muda - PM
Platform digital Idea Bina Negara (IBN) yang membolehkan golongan belia mengemukakan idea dan inspirasi ke arah pembangunan negara telah menerima lebih 12,000 pandangan daripada anak muda.

Perpaduan perlu dikukuhkan untuk membina negara yang progresif - Jeffrey Cheah
Jeffrey berpendapat, kepelbagaian yang ada merupakan kekuatan yang memperkayakan kita satu bangsa bukan sesuatu yang memecahbelahkan kita.

Makkal Sakti nafi Biro Tata Negara rasis
BTN sebenarnya mewujudkan platform yang sangat kondusif dan strategik untuk melaksanakan program-program Pembina Bangsa dan Negara.

Kerajaan sasar 3,000 Rumah Bina Negara disiapkan untuk belia menjelang 2020
Sasaran itu ditetapkan selaras dengan peruntukan RM100 juta kepada Felcra Berhad seperti yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2017.

Kerajaan sasar 5,000 Rumah Bina Negara menjelang 2020 - Ismail Sabri
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menetapkan sasaran untuk membina sekurang-kurangnya 5,000 Rumah Bina Negara menjelang 2020.

Suami isteri gembira terima skim Rumah Bina Negara
Impian sepasang suami isteri di Pahang untuk mempunyai kediaman sendiri akhirnya tercapai, selepas berjaya memiliki satu unit rumah menerusi program Rumah Bina Negara.

Pemimpin negara harus ambil iktibar perjuangan silam - Sultan Nazrin
Prinsip bina negara dan kata-kata kenegaraan silam yang diasaskan pemimpin terdahulu harus dijadikan rujukan dan pedoman bagi membina bangsa pada hari ini, titah Sultan Nazrin Muizuddin Shah.