awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IDEAS kecewa Transparensi Antarabangsa Malaysia tarik diri

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2013
23:17 MYT
IDEAS kecewa Transparensi Antarabangsa Malaysia tarik diri
Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) kecewa dengan keputusan Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) yang menarik diri dari menjadi pemerhati bertauliah Pilihan Raya Umum ke-13.
Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan berkata beliau terkejut dengan keputusan itu kerana TIM tidak pernah menunjukkan tanda untuk berundur.
Menurut Wan Saiful, beliau bimbang pengunduran TI-M akan memberi impak negatif ke atas misi pemerhati pilihanraya.
Katanya tindakan TI-M itu secara tidak langsung membantu pihak yang berpandangan serong terhadap misi pemerhati dan organisasi terlibat.
Kedua-dua pihak telah berbincang sejak beberapa bulan lalu dalam projek berkenaan dan TI-M tidak pernah menunjukkan sebarang tanda untuk mereka berundur.
TI-M pada isnin mengumumkan enggan menerima tawaran SPR untuk mengambil bahagian sebagai salah satu daripada lima pemerhati tempatan pada PRU13.
Ia merupakan kumpulan ketiga menolak tawaran itu selepas Persatuan Mempromosikan Hak Asasi Manusia (Proham) dan Institut Demokrasi dan Integriti Pemilihan Kebangsaan (NIEI).
Selain TIM, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menjemput Pusat Pengajian Polisi Awam di bawah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli), Majlis Belia Malaysia dan IDEAS sebagai pemerhati tempatan.
Topic Berkaitan
#ideas
#institut hal ehwal demokrasi ekonomi
#transparensi antarabangsa malaysia
#wan saiful wan jah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan