awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti lelaki dipercayai murtadkan wanita Islam sudah dikenal pasti - Polis

Bernama
Bernama
20/02/2021
20:58 MYT
Identiti lelaki dipercayai murtadkan wanita Islam sudah dikenal pasti - Polis
AYOB KHAN: Didapati rumah itu hanya didiami oleh ayah dan kakaknya sahaja manakala suspek tiada di situ. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Identiti seorang lelaki yang tular dalam media sosial baru-baru ini kerana dipercayai memurtadkan seorang wanita Islam, telah dikenal pasti.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ini susulan pemeriksaan polis di sebuah rumah di Perjiranan Bandar Dato Onn, di sini, pada 9.50 malam 19 Feb.
"Pemeriksaan itu hasil maklumat yang menyatakan terdapat sekumpulan orang awam berkumpul untuk menyerbu premis itu kerana mengesyaki lelaki berkenaan berada di dalam premis.
"Pihak polis telah berjaya mengawal keadaan dan hasil pemeriksaan, didapati rumah itu hanya didiami oleh ayah dan kakaknya sahaja manakala suspek yang berusia lingkungan 29 tahun tiada di situ.
"Oleh itu, tiada tangkapan dan rampasan dibuat," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Ayob Khan berkata kes sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah peruntukan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 serta Seksyen 298 dan 505 (C) Kanun Keseksaan.
Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam, dipercayai isterinya.
Video itu mendapat ribuan tontonan daripada warganet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita islam
#murtad
#dikenal pasti
#polis johor
#ayob khan mydin pitchay
#serbuan
#suspek
#video
#Tular
#isteri
#Perjiranan Bandar Dato Onn
#siasatan
#polis
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan