awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti lelaki maut dilanggar tren di Chemor disahkan ahli keluarga

Bernama
Bernama
28/08/2025
01:50 MYT
Identiti lelaki maut dilanggar tren di Chemor disahkan ahli keluarga
Identiti lelaki yang maut dilanggar tren Keretapi Tanah Melayu Berhad dalam kejadian di Kilometer 156 berhampiran sebuah kuil di Pekan Chemor, pada Isnin lepas telah disahkan oleh ahli keluarganya, kata Ketua Polis Daerah Ipoh. - Gambar hiasan
IPOH: Identiti lelaki yang maut dilanggar tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kejadian di Kilometer 156 berhampiran sebuah kuil di Pekan Chemor, di sini, pada Isnin lepas telah disahkan oleh ahli keluarganya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ahli keluarga mangsa berusia 38 tahun itu membuat pengecaman berdasarkan pakaian mangsa.
"Bagaimanapun sampling DNA (ujian asid deoksiribonukleik) kita ambil untuk sahkan," katanya ringkas kepada Bernama.
Abang Zainal Abidin berkata, mangsa yang juga tiada rekod rawatan mental disahkan meninggal dunia atas pelbagai kecederaan menerusi bedah siasat yang dijalankan.
Pada 26 Ogos, Abang Zainal Abidin memaklumkan, polis menerima makluman berhubung kejadian itu daripada KTMB selepas pemandu tren pengangkutan awam itu memaklumkan terdengar dentuman kuat di lokasi berkenaan.
Beliau berkata, tiada unsur jenayah membabitkan insiden itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#identiti lelaki maut
#lelaki dilanggar tren
#tren KTMB
#Chemor
#ujian DNA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan