Identiti pemandu rentung dikenal pasti

Sinar Harian
Mei 7, 2022 21:45 MYT
Sebuah Proton Persona yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 19.4 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di persimpangan Kampung Nongka pada Khamis. - Foto fail/JBPM
ALOR SETAR: Identiti pemandu Proton Persona yang rentung selepas terbabit kemalangan di Kilometer 19.4 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di persimpangan Kampung Nongka di sini, pada Khamis sudah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Akhimullah Amaran.
"Mangsa berusia 30 tahun dan bekerja sebagai penjaga stor.
"Mangsa beralamat di Taman Masmuda, Kangar, Perlis," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam, Khamis lalu, seorang lelaki rentung selepas kereta Proton Persona yang dipandunya terbakar setelah terbabit kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.
BACA: Lelaki rentung kereta terbakar dalam kemalangan dua kenderaan
Pemandu Proton Persona berkenaan dipercayai tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
#identiti #rentung #kemalangan #pemandu