awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rentung kereta terbakar dalam kemalangan dua kenderaan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/05/2022
04:10 MYT
Lelaki rentung kereta terbakar dalam kemalangan dua kenderaan
Identiti mayat lelaki yang ditemukan rentung di dalam sebuah kereta yang terbakar masih belum dikenal pasti. - Foto JBPM
JITRA: Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Hosba, Jitra, malam tadi.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya laporan kejadian pada jam 11.49 malam.
Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan BBP Bukit Kayu Hitam dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba di lokasi, mendapati api sedang marak membakar kereta Proton Persona dan kelihatan mangsa sedang menjerit meminta tolong.
Jelas Wan Mohd Hamizi, api berjaya dipadamkan tiga minit kemudian.
Mangsa berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian namun tubuh mangsa rentung 90 peratus.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, insiden melibatkan kereta Proton Persona dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.
Ketika kejadian tedapat tujuh individu di dalam MPV terbabit terdiri daripada dua wanita, empat lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.
Jelas Rodzi, pihaknya belum mengenal pasti identiti mayat lelaki yang rentung di dalam Proton Persona.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#terbakar
#rentung
#Proton Persona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan