awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti polis trafik tular minta pelancong bayar saman RM100 dikenal pasti

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/01/2024
02:30 MYT
Identiti polis trafik tular minta pelancong bayar saman RM100 dikenal pasti
Mohd Yusri yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi. - Foto fail/Sinar Harian
IPOH: Polis telah mengenal pasti anggotanya yang terbabit dalam kejadian tular apabila meminta meminta wang daripada pelancong pasangan warga United Kingdom (UK) yang juga pempengaruh media sosial YouTube bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.
Dalam masa sama, beliau turut mengakui pasangan berkenaan sudah tampil memberikan kerjasama dan berhubung dengan polis dengan maklumat lanjut mengenainya akan dikemukakan pihaknya menerusi siaran media dalam waktu terdekat.
"Sudah (kenalpasti), nanti saya berikan siaran media," katanya ringkas sewaktu dihubungi pagi ini.
Mohd Yusri ditanya pengesahan apabila pasangan pelancong dari UK yang dikenali sebagai ‘UK Van Lifers’ itu memuatnaik hantaran di laman sosial 'X', malam tadi bahawa mereka sudah berhubung dengan polis Malaysia dan sedia bantu berikan kerjasama terhadap siasatan yang dijalankan.
Pagi semalam, Mohd Yusri berkata Polis Perak sedang menunggu arahan Bukit Aman bagi siasatan lanjut kes itu dengan ia sudah dirujuk kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, selain menyatakan bahawa identiti anggota polis terbabit sedang dikenal pasti.
Ia termasuk keperluan bagi menentukan terlebih dahulu di kawasan mana sebenarnya kejadian itu berlaku sama ada dalam kawasan negeri Perak
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Pada Ahad, media melaporkan Polis Bukit Aman sedang menyiasat video tular yang memaparkan seorang polis trafik didakwa mengambil RM100 daripada dua pelancong asing dengan alasan menjelaskan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju.
Terdahulu, menerusi video berdurasi 50 saat yang tersebar di platform X itu, pasangan pelancong dari United Kingdom tersebut disaman oleh polis trafik kerana didakwa memandu melebihi had laju.
Apabila ditanya apa yang perlu dilakukan mereka, polis berkenaan memberitahu mereka boleh menjelaskan saman RM300 di balai polis berdekatan atau membayar RM100 kepadanya di lokasi itu.
Topic Berkaitan
#pelancong
#saman
#pempengaruh
#Mohd Yusri Hassan Basri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan