awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IHPRP Malaysia naik 3.4 peratus pada suku pertama 2023

Bernama
Bernama
08/05/2023
09:05 MYT
IHPRP Malaysia naik 3.4 peratus pada suku pertama 2023
Kata Mohd Uzir, indeks kesenian, hiburan dan rekreasi mencatatkan penurunan negatif 1.7 peratus manakala indeks aktiviti hartanah serta maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah. -Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun kepada 114.7 mata pada suku pertama 2023 daripada 110.9 pada suku tahun sama pada tahun lepas berikutan kebanyakan subsektor mencatatkan peningkatan harga pada suku tahun tersebut.
Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata antara subsektor itu, penginapan serta aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman meningkat 8.3 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023 daripada lapan peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2022 berikutan peningkatan dalam restoran dan aktiviti perkhidmatan makanan bergerak yang naik 9.8 peratus.
"Subsektor pengangkutan meningkat 6.5 peratus tahun ke tahun daripada 5.3 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2022 disumbangkan oleh pengangkutan penumpang udara (naik 25.6 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Uzir berkata subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi serta pendidikan, masing-masing merekodkan 1.1 peratus kenaikan disebabkan oleh aktiviti hiburan dan rekreasi lain (naik 1.9 peratus) dan pendidikan menengah (1.9 peratus).
Beliau berkata subsektor lain yang merekodkan kenaikan ialah profesional (0.5 peratus) dan kesihatan (0.4 peratus) manakala subsektor aktiviti hartanah serta maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah.
Bagi suku kepada suku, katanya IHPRP meningkat 0.3 peratus berbanding 0.4 peratus yang dilaporkan pada suku tahun sebelumnya.
Beliau berkata peningkatan ini disebabkan oleh indeks penginapan serta aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (1.3 peratus), pendidikan (0.5 peratus), pengangkutan (0.3 peratus), kesihatan (0.2 peratus) dan profesional (0.1 peratus).
Katanya indeks kesenian, hiburan dan rekreasi mencatatkan penurunan negatif 1.7 peratus manakala indeks aktiviti hartanah serta maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indeks Harga Pengeluar
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Mohd Uzir Mahidin
#pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan