Semua jenis ikan dan kerang-kerangan di perairan Johor selamat dimakan dan Jabatan Perikanan Negeri tidak pernah melarang orang awam daripada memakan hasil laut yang diperoleh dari perairan negeri itu.
Pengarahnya, Noraishah Hashim berkata masyarakat telah keliru dengan notis yang dikeluarkan pihaknya berhubung kemunculan Ledakan Alga Berbahaya (HAB) daripada spesies Alexandrium Minutum di perairan Selat Tebrau, yang dimuat naik di laman Facebook rasmi jabatan berkenaan, 30 Ogos lepas.
"Ekoran daripada itu, masyarakat umum mulai panik dan takut untuk membeli ikan dan kerang-kerangan di pasaran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
"Ini kerana HAB tersebut hanya berlaku di Selat Tebrau Timur sahaja (melibatkan perairan Kulai Masai-Teluk Jawa) dan bukannya di keseluruhan perairan negeri. Sekiranya terdapat tanda-tanda kemunculan alga itu, orang ramai sepatutnya segera melaporkannya kepada pejabat ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu HAB tidak lagi berlaku di kawasan Selat Tebrau namun pemantauan berterusan masih dilaksanakan sehingga kini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 04 2020
Jabatan Perikanan Negeri tidak pernah melarang orang awam daripada memakan hasil laut dari perairan negeri itu. - Gambar hiasan
Angka korban di Gaza menghampiri 36 ribu orang
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tentera Israel di Gaza kini mencecah 36 ribu orang apabila ia menunjukkan peningkatan 35,857 mangsa setakat ini. Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataan pada Jumaat berkata, dalam tempoh 24 jam lalu, 57 warga Palestin di wilayah terkepung itu gugur angkara kekejaman rejim Zionis.
32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di China
Seramai 32 pelajar TVET akan dihantar ke Beijing, China untuk memperkasa kemahiran dalam advanced electric vehicle (EV).
KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan empat unit tren elektrik (ETS) iaitu masing-masing dua bagi laluan Padang Besar-KL Sentral dan sebaliknya serta KL Sentral-Butterworth dan sebaliknya sempena Aidiladha ini.
Hayati prinsip dalam memupuk keharmonian
Keharmonian perlu dipelihara, dipupuk dan diterapkan dalam diri bermula daripada diri sendiri dan kemudian diwariskan kepada generasi seterusnya.
Menurut Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
Menurut Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
PM anwar mahu ayat lain digunakan, ganti perkataan toleransi
Sebaliknya, beliau mahu Kementerian Perpaduan menggunakan ayat “semangat perpaduan ke arah kasih sayang, saling hormat-menghormati sesama insan”.
Negara luar muliakan Malaysia kerana ekonomi, kestabilan, perpaduan rakyatnya - PM Anwar
Negara luar memandang tinggi dan memuliakan Malaysia bukan hanya kerana ekonomi negara melonjak namun juga kerana kestabilan politik dan perpaduan rakyatnya.
Jadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan, bukan perpecahan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, rakyat seharusnya menjadikan perbezaan itu sebagai kelebihan, sekali gus menjadikan perpaduan sebagai kekuatan Malaysia.
[TERKINI] Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan kerusi Isnin ini
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang akan menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Isnin ini.
Tumpuan Ahad – 26 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
El-Sisi, Biden setuju hantar bantuan ke Gaza melalui lintasan Karem Abu Salem
Kedua-dua presiden membincangkan situasi kemanusiaan yang teruk di Semenanjung Gaza.
Ikan, kerang dari perairan Johor selamat dimakan - Jabatan Perikanan Negeri
Ramai keliru dengan notis yang dikeluarkan pihaknya berhubung kemunculan Ledakan Alga Berbahaya (HAB) di perairan Selat Tebrau.
Jangan takut makan ikan, kerang, HAB hanya di Selat Tebrau Timur - Perikanan Johor
Menurut Pengarah Perikanan negeri Johor Noraishah Hashim, HAB tidak berlaku di keseluruhan perairan Negeri Johor.