MALAYSIA
Ikan lumba-lumba ditemui mati di Pantai Tanjung Tokong

Seekor ikan lumba-lumba ditemukan mati terdampar di pesisir pantai Tanjung Tokong berhampiran sebuah kondominium di Georgetown, Isnin lalu. - Foto Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Seekor ikan lumba-lumba ditemukan mati terdampar di pesisir pantai Tanjung Tokong berhampiran sebuah kondominium di George Town, Isnin lalu.
Jabatan Perikanan Pulau Pinang memaklumkan pihaknya menerima laporan penemuan bangkai ikan lumba-lumba spesies finless porpoise itu daripada orang awam sebelum Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Pulau Pinang bergegas ke tempat kejadian.
"Ikan lumba-lumba itu berukuran kira-kira 1.4 meter panjang.
"Pihak Jabatan Perikanan negeri juga merekodkan data berhubung penemuan ikan itu," menurut Jabatan Perikatan Pulau Pinang dalam kenyataan menerusi Facebooknya.Bangkai ikan lumba-lumba itu ditanam di kawasan berhampiran untuk tujuan pelupusan manakala jabatan berkenaan mengalu-alukan kerjasama orang awam berhubung sebarang aduan berkaitan kematian mamalia marin di perairan negeri itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami