awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran berikan amaran kepada AS agar tidak terlibat dalam serangan Israel, gesa kembali ke meja rundingan
MALAYSIA
Dua remaja sesat diselamatkan selepas 'WhatsApp' lokasi keberadaan
POLITIK
Fuziah dilantik semula sebagai Setiausaha Agung PKR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Ikan lumba-lumba Irrawaddy mati tersangkut pukat haram, beri impak besar ekosistem

Bernama
Bernama
21/06/2025
09:30 MYT
Ikan lumba-lumba Irrawaddy mati tersangkut pukat haram, beri impak besar ekosistem
Ikan itu ditemukan kira-kira 1.1 batu nautika dari muara Kuala Kedah oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika menjalankan rondaan rutin.
ALOR SETAR: Seekor ikan lumba-lumba Irrawaddy daripada spesies marin terancam ditemukan mati akibat tersangkut pukat pari haram ditinggalkan di perairan Kuala Kedah, semalam.

Ringkasan AI
  • Seekor ikan lumba-lumba Irrawaddy yang terancam ditemukan mati akibat tersangkut pada pukat pari haram di perairan Kuala Kedah oleh pasukan Maritim Malaysia semasa rondaan rutin.
  • Pukat pari diwartakan sebagai haram kerana tidak selektif dan mengancam spesies marin dilindungi, termasuk empesut yang populasinya semakin pupus di Asia Tenggara.
  • Zon Maritim Kuala Kedah telah melaksanakan enam rampasan pukat pari setakat ini dan orang ramai digesa melaporkan aktiviti penangkapan haram melalui talian kecemasan atau pusat operasi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata ikan itu ditemukan pada 11 pagi, kira-kira 1.1 batu nautika dari muara Kuala Kedah oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika menjalankan rondaan rutin.
"Penemuan itu susulan rampasan sebidang pukat pari dianggarkan bernilai RM2,000 yang diwartakan sebagai haram di bawah Akta Perikanan 1985 kerana sifatnya tidak selektif, bukan sahaja memerangkap pari dan anak ikan tetapi juga mengancam spesies marin dilindungi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Azreyanti berkata ikan lumba-lumba Irrawaddy (Orcaella brevirostris) atau turut dikenali empesut merupakan spesies unik yang semakin pupus di Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Sehubungan itu, kematian seekor ikan lumba-lumba Irrawaddy memberi impak besar kepada ekosistem kerana jumlah populasi semasa spesies berkenaan amat kecil dan sukar dikesan.
Dalam pada itu, Noor Azreyanti berkata rampasan terbaru itu menjadikan enam siri rampasan pukat pari berjaya dilaksanakan Zon Maritim Kuala Kedah setakat ini.
"Penggunaan pukat pari bukan sahaja menjejaskan populasi ikan pari yang merupakan pemangsa dasar laut tetapi turut mengganggu keseimbangan keseluruhan ekosistem, jika berterusan tanpa kawalan," katanya.
Noor Azreyanti meminta orang ramai melaporkan aktiviti penangkapan haram atau mencurigakan di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah 04-7310579.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ikan lumba-lumba Irrawaddy
#pukat pari haram
#Kuala Kedah
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami