awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikan naik harga: KPDN tunggu laporan sebelum bertindak

Sinar Harian
Sinar Harian
19/06/2023
02:00 MYT
Ikan naik harga: KPDN tunggu laporan sebelum bertindak
Kenaikan harga ikan dikatakan disebabkan keadaan laut bergelora yang biasa berlaku setiap Jun hingga Oktober menyebabkan hasil tangkapan nelayan berkurangan, selain faktor cuaca panas global. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Masalah kenaikan harga ikan kegemaran rakyat Malaysia di beberapa negeri sehingga mencecah 40 peratus sejak selepas Aidilfitri lalu mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihak kementerian akan meneliti masalah berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
“Saya akan dapatkan laporan bekalan ikan daripada KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) terlebih dahulu untuk tindakan susulan,” jelasnya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika ditanya masalah kenaikan harga ikan kegemaran rakyat seperti kembung, selayang dan kerisi.
Situasi di setiap negeri bagaimanapun berbeza, misalnya kembung yang dijual di Kelantan naik sehingga RM15 berbanding RM12 sekilogram, sementara di Kuala Lumpur pula cecah RM24 sekilogram.
Kenaikan itu dikatakan disebabkan keadaan laut bergelora yang biasa berlaku setiap Jun hingga Oktober menyebabkan hasil tangkapan nelayan berkurangan, selain faktor cuaca panas global.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari berpandangan, kenaikan harga ikan di pasaran juga disebabkan permintaan melebihi penawaran.
Pada masa kini katanya, amat mustahil untuk menurunkan harga ikan kerana jumlah tangkapan nelayan tidak lagi seperti dahulu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harga ikan
#Salahuddin Ayub
#cuaca panas
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan