JERANTUT: Peniaga ikan salai mendapat sambutan luar biasa sejak awal bulan Ramadan terutama di hujung minggu sehingga perlu mendapatkan bekalan tambahan daripada penternak ikan sungai di sekitar Kampung Jerantut Feri berdekatan Sungai Pahang, dekat sini.
Permintaan itu disebabkan oleh pengumuman kerajaan kepada fasa endemik antara penyebab ahli keluarga yang tinggal di luar daerah ini pulang untuk berbuka puasa bersama keluarga.
Peniaga ikan salai sungai, Azman Zainuddin, 52 tahun, berkata, boleh dikatakan setiap kali bulan Ramadan permintaan terhadap ikan liar Sungai Tembeling dan Sungai Pahang meningkat bukan sahaja di kalangan pelanggan tempatan malahan penggemar dari luar daerah ini.
“Sebelum serangan wabak COVID-19, permintaan memang banyak, tetapi kira-kira dua tahun dalam fasa pandemik, berkemungkinan ahli keluarga yang tinggal di luar Pahang tidak balik ke kampung serta pendapatan orang ramai terjejas maka permintaan ikan salai turut terkesan.
“Saya masih mengekalkan harga lama kerana tidak mahu membebankan orang ramai kerana ketika ini semua orang sedang dalam fasa membina cara berbelanja dengan berhemah,” katanya ketika ditemui di Kampung Jerantut Feri berdekatan Sungai Pahang, dekat sini, semalam.
Katanya, ketika ini dia menjual ikan tilapia dan ikan patin kira-kira 100 ekor sehari tetapi di hujung minggu dan cuti umum permintaan meningkat sehingga 500 ekor sehari.
“Semua harga ikan salai dijual mengikut saiz, ikan tilapia berharga RM6 seekor ke atas, dan patin RM12 seekor.
“Saya juga menyalai daging segar seberat 40 kilogram untuk dijual pada harga RM15 sekilogram dan turut menjadi buruan penduduk di sini,” katanya.
Azman berkata, dia dan isterinya, Asrah Ahmad, tidak menang tangan melayan pelanggan untuk mendapatkan bekalan ikan salai di Gerai Patin dan Tilapia yang terletak di tepi jalan raya Jerantut-Maran, berdekatan Kampung Jerantut Feri dekat sini.
Mendedahkan rahsia keenakan ikan salainya, Asrah, 49 tahun, berkata, kedua jenis ikan yang disiang dan dibelah dua kemudian dicampur kunyit, serbuk lada dan garam disalai di atas bara api kayu terpilih antara satu setengah hingga dua jam.
"Ketika menyalai, aroma asap kayu api pada daging ikan menambat selera pelanggan.
"Kelazimannya, penduduk di daerah ini gemar memasak lemak pedas campur ikan salai sebagai hidangan berbuka puasa dan tengah hari ketika di bulan lain.
"Kami sentiasa menjaga kualiti ketika menyalai termasuk pemilihan kayu api serta teknik menyalai supaya pelanggan berpuas hati malah kerap kali datang semula berbelanja di gerai ini," katanya.
Ifti Femida
Sat Apr 23 2022
Azman menjual ikan tilapia dan ikan patin salai kira-kira 100 ekor sehari tetapi di hujung minggu dan cuti umum permintaan meningkat sehingga 500 ekor sehari. - Foto Astro AWANI
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.