awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran beri amaran balas terhadap ancaman Trump, Netanyahu
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran

Bernama
Bernama
02/04/2024
09:16 MYT
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama. -Gambar fail/Facebook
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengajak seluruh umat Islam di negara ini untuk menghayati pengajaran bermakna daripada ayat-ayat al-Quran, sempena 10 hari terakhir bulan Ramadan ini.
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
"Kegagalan ini akan menyebabkan konflik yang akhirnya membawa krisis kemanusiaan," titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran di laman media sosial rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah supaya umat Islam menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam hidup masyarakat berbilang bangsa serta agama untuk saling hormat-menghormati serta jangan bersangka buruk terhadap orang lain.
"Semoga negara kita sentiasa terpelihara dan terlindung daripada anasir-anasir melampau yang menggugat kesejahteraan sejagat," titah Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Al-Quran
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan