MALAYSIA
IKEA tarik balik produk penekan bawang putih berwarna hitam

IKEA Malaysia menarik balik penekan bawang putih IKEA 365 VARDEFULL berwarna hitam kerana risiko kepingan logam kecil tertanggal semasa penggunaan, yang boleh tertelan bersama makanan. -Foto IKEA Malaysia
KUALA LUMPUR: Peruncit kelengkapan rumah, IKEA Malaysia meminta semua pelanggan yang memiliki produk penekan bawang putih 365+ VARDEFULL berwarna hitam, supaya berhenti menggunakan alat itu serta-merta.
Ringkasan AI
- IKEA Malaysia menarik balik penekan bawang putih IKEA 365 VARDEFULL berwarna hitam kerana risiko kepingan logam kecil tertanggal semasa penggunaan, yang boleh tertelan bersama makanan.
- Produk yang terjejas melibatkan cap tarikh 2411 (11 Mac 2024) hingga 2522 (1 Jun 2025) dengan nombor artikel 201.521.58, 305.781.89, dan 601.636.02, dan boleh dikenal pasti melalui logo IKEA pada pemegang atas.
- Pelanggan diminta berhenti menggunakannya serta-merta dan boleh memulangkan produk ke mana-mana gedung IKEA untuk bayaran balik penuh tanpa perlu resit; maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi 03-7952 7575.
"Produk yang terjejas boleh dikenal pasti dengan penandaan logo IKEA pada pemegang atas produk. Sekiranya pelanggan masih tidak dapat mengenal pasti, mereka boleh menghubungi IKEA untuk mengembalikan sebarang penekan bawang putih IKEA 365+ VARDEFULL, hitam dan dapatkan bayaran balik," menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut IKEA, produk yang terjejas boleh dikembalikan di Kaunter Pemulangan dan Penukaran di mana-mana gedung IKEA untuk bayaran balik penuh, tanpa perlu mengemukakan bukti pembelian (resit).
"Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan IKEA 03-7952 7575," menurut kenyataan itu.
IKEA turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul, dan menyeru pelanggan untuk menyebarkan maklumat panggilan balik ini, terutamanya jika produk berkenaan telah diberikan, dipinjamkan atau dijual kepada pihak lain.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami