KEMAMAN: Bukan sahaja dilambung ombak besar hingga alami keletihan melampau, tetapi juga hanya berpeluang makan sedikit ikan yang dipancing untuk mengalas perut dan mencatu bekalan air minuman yang sudah semakin habis.
Itu antara pengalaman pahit yang dikongsi oleh enam pemancing dari Kemaman selama empat hari bertarung nyawa setelah bot dinaiki rosak, menyebabkan mereka hanyut dibawa arus sehingga 50 batu nautika dari utara Pulau Tioman, Pahang.
Tekong bot, Mohd Hafizrul Hisham Zakaria, 29, berkata mereka memulakan perjalanan ke tengah laut pada pukul 4.00 petang Isnin lepas sebelum kipas bot terjatuh pada pukul 8.00 malam.
"Ketika itu, kedudukan kita kira-kira 20 batu nautika dari Kuala Kemaman dan belum sampai pun ke destinasi yang hendak dituju untuk memancing. Kemudian, kita letak sauh dan tidur semalaman di atas bot. Esoknya, barulah kita hanyutkan bot dengan harapan dapat berjumpa dengan bot nelayan yang lain.
"Cuaca memang sangat teruk, ribut berlaku siang dan malam. Ada juga ternampak sebuah bot tapi jeritan kami tidak didengari mungkin sebab jarak yang jauh. Sepanjang tempoh itu, hanya ikan yang dipancing jadi pengalas perut.
"Tak dapat bayangkan apa yang akan jadi sekiranya kami tidak ditemui hari ini kerana bekalan minyak, makanan, air minuman semua habis," katanya yang mengakui itu kejadian pertama paling menakutkan sejak menjadi nelayan dari usia belasan tahun.
Selain Mohd Hafizrul Hisham, lima lagi pemancing ialah Mohamad Shahrul Ainmie Abdullah, 19; Mohd Samerin Suhaimi, 29, Muhammed Hazim Luqman Zakaria, 19, Rosidi Mohamad, 22, dan Mohamad Zukarnain Mohamat Nor, 20.
Kesemua mereka pergi memancing pada petang Isnin dan dijadualkan pulang pada keesokannya (Selasa), namun kesemua mereka gagal dihubungi menyebabkan ahli keluarga membuat laporan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada Selasa dan Ops SAR terus dilancarkan sejurus selepas itu.
Suasana sedih dan sayu dengan tangisan kegembiraan menyelubungi perkarangan jeti Kuala Kemaman sebaik sahaja keenam-enam pemancing itu bertemu kembali dengan keluarga mereka lewat petang semalam.
Sementara itu, Rosidi berkata kesemua mereka memang memakai jaket keselamatan sebagai persediaan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini memandangkan dia tidak begitu mahir berenang.
Lebih mencemaskan, apabila bot yang dinaiki juga bocor menyebabkan mereka terpaksa bergilir-gilir memastikan enjin bot sentiasa hidup dan air yang masuk ke dalam bot dapat disalur keluar kembali menggunakan mesin.
Muhamad Hazim Luqman berkata setiap kali ternampak bot nelayan berdekatan, mereka akan melakukan pelbagai ikhtiar untuk meminta pertolongan namun hanya sia-sia kerana cuaca buruk menyebabkan bot-bot tersebut tidak menyedari kewujudan mereka.
"Kita pun faham tak ramai nelayan yang turun ke laut dalam cuaca buruk seperti itu. Namun tetap berusaha untuk bertahan dengan sumber makanan dan minuman yang ada dengan harapan kami dapat diselamatkan.
"Alhamdulillah, akhirnya semalam ada bot nelayan yang jumpa kami dan minta kami bersauh di kawasan tersebut sebelum bot kawan mereka datang membantu serta memberi bekalan makanan dan minuman untuk memulihkan tenaga," katanya yang turut berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi pencarian mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021
Pengarah Zon Maritim Kemaman APMM Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid (kiri) bertanyakan sesuatu kepada enam pemancing termasuk tekong yang ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang pada Isnin lepas. - Foto BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Banjir Terengganu: Lebih 2,000 mangsa dibenar pulang, hanya 59 masih berada di PPS
Hanya 59 mangsa daripada 15 keluarga masih terjejas di daerah Kemaman, dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara masih diaktifkan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat, lima daerah terjejas
Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.
Empat daerah dilanda banjir, Terengganu catat peningkatan bilangan mangsa
Empat daerah di Terengganu dilanda banjir iaitu Kemaman, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu, setakat 10 malam ini.
Kemaman sekali lagi dilanda ribut
Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.
Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.
Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.
Bot terbalik: Lebih dua jam terapung di samping mayat rakan
Ain Farhana berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dalam kabin dan hanya menyedari bot dinaiki dilanggar apabila ia terbalik.
Seorang lemas, tiga hilang dalam kejadian bot terbalik di Kemaman
Bot nelayan terbabit dikatakan membawa sembilan penumpang termasuk tekong, kru dan pelancong untuk pergi memancing.