PUTRAJAYA: Iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM melalui unit forensik siber sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan INTERPOL, untuk memantau keadaan semasa dan juga penjualan vaksin dalam talian.
Bercakap pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 hari ini, Dr Noor Hisham berkata vaksin yang telah diberikan pendaftaran bersyarat, hanya boleh dibekalkan kepada pihak kerajaan dan pihak yang dibenarkan oleh kerajaan, iaitu untuk dijadikan pusat vaksinasi.
BACA: Jual vaksin COVID-19: Jangan percaya! - Ismail Sabri
Iklan penjualan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dalam talian itu didakwa dijual dengan harga RM63.88.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham mengingatkan orang ramai, agar memastikan mereka menerima vaksin COVID-19 dari fasiliti kesihatan KKM yang diberikan secara percuma, oleh kerajaan.
Mengulas isu sama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan tertipu dengan mana-mana pihak yang menawarkan vaksin COVID-19 secara panggilan.
Katanya hanya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja yang bertanggungjawab menguruskan vaksin COVID-19, termasuk pelaksanaan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan dengan menyelaraskan pendaftaran rakyat untuk vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
"Maka urusan menentukan siapa yang boleh mendapatkan vaksin adalah dua kementerian itu (MOSTI dan KKM), yang mempunyai satu jawatankuasa khusus memastikan rakyat yang berdaftar divaksinkan," katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.
Ismail Sabri mengesahkan terdapat pihak-pihak yang telah mengambil kesempatan, berhubung vaksin COVID-19 ini.
"Memang telah ramai ambil kesempatan, bukan setakat keluar secara dalam talian malah ada pihak-pihak yang datang kepada kita untuk ambil vaksin COVID-19, kononnya dia merupakan ejen dari negara-negara atau syarikat-syarikat tertentu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021

Iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail/BERNAMA

AWANI Ringkas: 3 lagi jajahan Kelantan dikenakan PKP | PKPD melibatkan tiga lokaliti di Lahad Datu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Surat layang: Polis panggil dua individu rakam keterangan
Polis memanggil dua individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes surat layang.

Warga emas hilang seminggu ditemui dalam semak
Wanita warga emas yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Seberang Takir ditemukan dalam semak.

COVID-19: Kes positif global lebih 143 juta, korban 3.05 juta
Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.85 juta kes.

NIA jadi teras pembaharuan dasar pelaburan negara - Azmin
NIA menjadi teras merancakkan semula iklim pelaburan Malaysia, menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara selain mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi.

Cadangan Liga Super Eropah satu gerakan menggertak UEFA - Shahrim Tamrin
Wartawan bebas sukan, Shahrim Tamrin melihat gerakan ini adalah tindak balas kepada kebobrokan yang sekian lama berlaku dalam badan induk bola sepak Eropah itu.

World #QuranHour jangka peroleh 100 juta tontonan
World #QuranHour dijangka memperolehi 100 juta tontonan di televisyen dan platform digital tahun ini.

Kemurungan | Rindukan anak, ibu bapa berdepan kemurungan
Juadah Hari Raya, ciuman tangan orang itu. Itu akan sentiasa dirindui setiap kali menjelang Hari Raya.

Ramadan | World Quran Hour kembali bersiaran 24 Ramadan
World #QuranHour akan diadakan sekali lagi selama satu jam bermula 12 tengah hari pada 6 Mei depan bersamaan 24 Ramadan. Bagi menyokong program ini, orang ramai boleh berinteraksi dengan membaca surah Al-Mulk dalam kumpulan kecil sama ada di rumah, sekolah, organisasi atau lokasi bersesuaian lain.

Sungai Klang bakal berubah wajah?
Mengalir di celah-celah kepadatan manusia dan industri, sungai sepanjang 56 kilometer itu boleh dikatakan umpama tapak pembuangan sampah terapung.

Iklan jualan vaksin COVID-19 dalam talian palsu - Dr Noor Hisham
Iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.