KAHERAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengiktirafan kerajaan Arab Saudi terhadap inisiatif Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Diperbaharui (NREP) sebagai bukti negara itu sentiasa mengikuti perkembangan Malaysia.
Beliau berkata pengiktirafan berkenaan juga membuktikan Putera Mahkota Mohammed bin Salman tertarik dengan inisiatif yang diambil oleh Malaysia itu.
"Baginda (Putera Salman) tertarik dan mahu kerjasama kita dalam sumber tenaga boleh baharu, hidrogen, hidrogen hijau dan hal-hal yang kita sebut dalam hala tuju transisi tenaga kita.
"Saya tentu terkesan kerana nampaknya negara Arab itu ambil pandangan amat serius tentang perkembangan mutakhir di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia dalam sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir.
Dalam kenyataan bersama Malaysia dan Arab Saudi semasa lawatan kerja Anwar ke Riyadh baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi memperakui inisiatif NREP Malaysia itu sebagai langkah positif ke arah transisi kepada tenaga hijau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada sidang media selepas lawatan kerja dua hari ke Mesir. - Foto BERNAMA
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Iktiraf NREP bukti Arab Saudi ambil tahu perkembangan terkini Malaysia - Anwar
Pengiktirafan berkenaan juga membuktikan Putera Mahkota Mohammed bin Salman tertarik dengan inisiatif yang diambil oleh Malaysia itu.