awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
Kecurian kabel antara punca utama gangguan perkhidmatan rel - Anthony Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam Masjid Al-Aqsa hargai usaha kerajaan dan rakyat Malaysia bantu rakyat Palestin - PM Anwar

Bernama
Bernama
05/01/2026
14:45 MYT
Imam Masjid Al-Aqsa hargai usaha kerajaan dan rakyat Malaysia bantu rakyat Palestin - PM Anwar
Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau dan Sheikh Ali Umar turut senada dan sepakat mengenai kepentingan Masjid Al-Aqsa dan masa hadapan Al-Quds. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Imam Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi, menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan serta rakyat Malaysia yang tidak jemu mendoakan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, di Gaza mahupun di Al-Quds.

Ringkasan AI
  • Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi, Imam Masjid Al-Aqsa, menghargai usaha Malaysia dalam menyokong rakyat Palestin di Gaza dan Al-Quds.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Sheikh Ali Umar menghargai usaha Malaysia dalam pertemuan mereka.
  • Anwar dan Sheikh Ali Umar bersetuju tentang kepentingan Masjid Al-Aqsa dan Al-Quds serta menyokong inisiatif Kerajaan MADANI untuk pembebasan Masjid Al-Aqsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penghargaan berkenaan dinyatakan sendiri oleh Sheikh Ali Umar kepadanya, sewaktu beliau menerima kunjungan tokoh agama itu hari ini.
Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau dan Sheikh Ali Umar turut senada dan sepakat mengenai kepentingan Masjid Al-Aqsa dan masa hadapan Al-Quds.
"Saya turut berkongsi inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan MADANI bagi terus menyokong usaha pembebasan Masjid Al-Aqsa.
"Moga Allah SWT sentiasa memberkati usaha kita untuk terus berdiri bersama saudara-saudara di Palestin, dalam menentang keganasan rejim zionis Israel," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Masjid Al-Aqsa
#rejim Zionis
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan