MALAYSIA
Imam Masjid Nabawi puji jemaah haji negara, pendirian teguh Malaysia dalam agama

Ahmad Zahid menyambut kunjungan hormat daripada Imam Masjid an-Nabawi, Shaikh Salah Muhammad Al-Budair di WTC Kuala Lumpur, hari ini. - Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Imam Masjid an-Nabawi Shaikh Salah Muhammad Al-Budair menzahirkan penghargaan terhadap jemaah Malaysia yang disifatkan sebagai bersantun, beradab serta berdisiplin tinggi dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi sepanjang musim haji.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan kunjungan hormat Shaikh Dr Salah ke atas beliau di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.
Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan penuh makna itu, Shaikh Salah turut memuji pendirian Malaysia yang konsisten berpegang kepada manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, yang menjadi teras kepada kestabilan dan keharmonian umat Islam di negara ini.
"Saya mendoakan agar Allah SWT terus memberkati usaha dakwah TYT Shaikh Dr Salah dan mengurniakan kekuatan kepada beliau untuk terus menyebarkan cahaya ilmu kepada umat. Insya-Allah," katanya menerusi perkongsian di Facebook.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami