awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen gempur Bukit Bintang, 450 PATI ditahan

Hans Yusoff
Hans Yusoff
14/11/2017
12:17 MYT
Imigresen gempur Bukit Bintang, 450 PATI ditahan
Seramai 450 PATI ditahan Jabatan Imigresen dalam satu operasi di Bukit Bintang, hari ini.
Seramai 915 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diperiksa dengan 450 daripadanya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi bersepadu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa.
Kesemua tangkapan terdiri daripada warganegara Bangladesh, Thailand, Vietnam, Indonesia, India, Oman dan lain-lain.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali yang turut menyertai operasi terbabit berkata, pemantauan berterusan akan giat dilakukan membabitkan kawasan tumpuan pelancongan khususnya di ibu negara.
"Kawasan tumpuan pelancongan akan terus digempur kerana kita tidak mahu imej negara hilang identitinya dengan kebanjiran PATI ini.
"Mereka bukan sahaja masuk ke negara kita dengan cara tidak sah malah turut bekerja di premis sekitar seperti seolah-olah berada di negara mereka," kata Mustafar.
Sementara itu, Mustafar turut memberi amaran kepada para majikan agar berhenti menggaji PATI atau berdepan tindakan tegas pihak berkuasa.
"Para majikan digesa untuk tidak mengambil jalan mudah dengan menggaji pekerja tanpa mengikut prosedur ditetapkan. Mereka yang didapati melanggar undang-undang pasti berdepan tindakan tegas."
Kesemua PATI yang ditahan dan selesai menjalani siasatan akan dibawa ke depo tahanan sementara di Bukit Jalil sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.
Operasi bersepadu yang bermula pada 4.30 petang itu turut disertai pelbagai agensi lain termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Bukit Bintang
#Bukit Jalil
#DBKL
#ditahan
#Gempur
#Imigresen
#India
#Indonesia
#jabatan imigresen
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Mustafar Ali
#operasi
#pati
#pelancongan
#Polis Diraja Malaysia
#Thailand
#undang-undang
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan