DENGKIL: Menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding biasa, itu antara taktik yang digunakan pusat kecantikan diusahakan warga asing di sekitar Selangor dan Pulau Pinang.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pusat kecantikan haram itu dikesan menjalankan pelbagai rawatan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Operasi yang turut disertai KKM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melibatkan lapan serbuan berasingan di Selangor dan Pulau Pinang
"Seramai 21 individu warga asing terdiri daripada 20 wanita dan seorang lelaki diberkas melibatkan lapan premis di Dengkil, Kepong, Kuchai, Puchong dan Pulau Pinang," katanya dalam sidang media di salah sebuah pusat kecantikan haram di Dengkil, pada Isnin.
Beliau memberitahu, kegiatan pusat rawatan kecantikan haram itu berjaya dikesan menerusi risikan yang dijalankan pihaknya bersama pegawai KKM.
"Siasatan awal dijalankan mendapati pusat rawatan kecantikan ini beroperasi tanpa tauliah KKM dan turut dijalankan oleh warga asing yang tidak mempunyai kelayakan atau kemahiran profesional dalam bidang berkenaan dan pas yang sah dari Imigresen," katanya.
"Mereka menawarkan pelbagai rawatan kecantikan seperti mencantikkan hidung, rawatan membesarkan anggota badan tertentu, perkhidmatan dan rawatan pemutihan gigi, perkhidmatan suntikan vitamin C dan botox dan perkhidmatan menguruskan badan.
"Rawatan ini dijalankan warga asing yang tidak mempunyai kemahiran formal tidak diiktiraf oleh KKM dan boleh mendatangkan risiko kematian, kerosakan organ dan tubuh badan," katanya.
Tambahnya, siasatan mendapati pelanggan pusat kecantikan haram ini terdiri daripada warganegara Malaysia seperti suri rumah dan pegawai-pegawai eksekutif.
"Perkhidmatan pusat rawatan kecantikan ini mendapat sambutan yang tinggi kerana mereka menawarkan bayaran lebih rendah berbanding rawatan pusat rawatan berlesen yang dikendalikan oleh profesional bertauliah.
"Kadar caj yang dikenakan antara RM350 hingga RM8,000 seperti 'eye filler' RM350, 'breast filler' (RM1,900) dan 'botox filler' (punggung) RM3,500 manakala pembedahan plastik mengenakan caj sebanyak RM8,000," katanya.
Khairul berkata, kegiatan pusat kecantikan berkesan dikesan mempromosi perkhidmatan mereka melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram.
"Bagaimanapun hasil semakan mendapati pelanggan perlu membuat permintaan untuk memasuki media sosial khususnya Instagram," katanya.
Katanya, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen. 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 21 2022
Antara pelanggan yang sedang mendapatkan rawatan ketika serbuan dijalankan Jabatan Imigresen di sebuah premis di Dengkil di sini, pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Imigresen gempur pusat rawatan kecantikan haram
Pusat kecantikan haram itu dikesan menjalankan pelbagai rawatan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).