awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen Kelantan proses 15,000 pas sempadan setiap bulan

Bernama
Bernama
08/05/2024
09:10 MYT
Imigresen Kelantan proses 15,000 pas sempadan setiap bulan
Permohonan itu dibuat di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand, termasuk di kompleks di Rantau Panjang ini. - Gambar fail
KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan memproses kira-kira 15,000 permohonan Pas Sempadan daripada penduduk negeri ini setiap bulan, kata Pemangku Pengarah Imigresen Negeri Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman.
Beliau berkata kebanyakan permohonan itu dibuat di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.
Beliau berkata selain di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di negeri turut menjadi tumpuan, terutamanya ketika musim cuti umum dan cuti persekolahan.
"Selain itu imigresen turut membuka kaunter permohonan Pas Sempadan di Kompleks Imigresen Kelantan di Jalan Hospital di sini, bagi memudahkan urusan," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Imigresen Kelantan, di sini, hari ini.
Nik Akhtarulhaq berkata pengoperasian hanya untuk Pas Sempadan sahaja bermula pada 17 Mac lepas, manakala untuk pemerosesan pasport antarabangsa setakat ini belum dipraktikkan.
Beliau berkata dengan wujudnya kaunter khusus bagi memproses Pas Sempadan di kompleks berkenaan, ia diharap dapat membantu orang ramai menguruskan permohonan dengan lebih pantas, tanpa perlu beratur panjang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#imigresen kelantan
#sempadan thailand
#permohonan pas
#pas sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan