Jabatan Imigresen Selangor cawangan Pelabuhan Klang menyelamatkan 105 wanita warga asing yang dikurung di premis empat tingkat sebuah syarikat agensi pembantu rumah, di Bandar Baru
Klang dekat sini dalam satu serbuan semalam.
Pengarahnya Amran Ahmad berkata dalam serbuan kira-kira pukul 7.45 pagi itu mendapati kesemua wanita berusia antara 18 dan 25 tahun itu dikunci di tingkat tiga dan empat premis berkenaan yang terletak di sebelah atas syarikat agensi pembantu rumah terbabit.
"Kesemua wanita itu terdiri daripada 95 warga Indonesia, Filipina (enam) dan Kemboja (empat) yang hanya memiliki pas lawatan sosial dan dipercayai telah masuk ke negara ini antara satu hingga enam bulan lepas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata 12 orang turut ditahan terdiri daripada tiga lelaki tempatan yang dipercayai pekerja agensi terbabit serta sembilan wanita masing-masing lima wargan Indonesia, tiga Kemboja dan seorang Filipina yang merupakan penyelia kepada kumpulan wanita yang diselamatkan.
"Berdasarkan siasatan, kesemua wanita yang diselamatkan dipercayai diperdaya untuk menjadi pembantu rumah secara bulanan dan harian namun tidak menerima gaji setelah berkhidmat sejak kira-kira enam bulan lepas.
"Kesemua wanita terbabit akan dihantar setiap pagi dengan sebuah van ke rumah-rumah sekitar Klang untuk perkhidmatan pembantu rumah dan ditempatkan di premis empat tingkat itu serta tidak dibenarkan keluar," katanya.
Amran berkata kesemua wanita terbabit dijanjikan gaji RM700 sebulan namun tidak menerimanya apabila agensi terbabit memberikan alasan mereka perlu menyerahkan gaji selama tujuh bulan sebagai bayaran untuk bekerja di negara ini.
Beliau berkata agensi berkenaan yang beroperasi secara berlesen dipercayai sejak lima tahun lepas, bagaimanapun melakukan kesalahan kerana kesemua wanita yang diambil berkhidmat bersama mereka hanya memiliki pas lawatan sosial bukannya permit bekerja yang sah.
Katanya, kesemua wanita yang diselamatkan turut mendakwa mereka dikasari selain makanan dicatu oleh agensi berkenaan serta ada antara mereka yang dipaksa makan kertas setiap kali cuba melawan atau menuntut hak mereka.
Amran berkata sehubungan itu, pihaknya sedang mencari seorang lelaki tempatan iaitu pemilik agensi pembantu rumah berkenaan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata kesemua wanita terbabit diselamatkan di bawah Seksyen 44(1) Akta Anti Pemerdagangan dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) serta dihantar ke Rumah Perlindungan Bukit Ledang, Damansara sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.
Lelaki tempatan dan wanita yang dipercayai penyelia kepada kumpulan wanita terbabit ditahan di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti
Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda.
Operasi itu diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen M.Chandran bersama 20 pegawai Jabatan Imigresen Selangor Cawangan Pelabuhan Klang.
Bernama
Sun Dec 02 2012
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Imigresen buat laporan polis halang tugas di Batu Caves
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pihaknya memandang serius tindakan provokasi itu dan menganggap ia sebagai perbuatan menghalang tugas penjawat awam.
Imigresen selamatkan 105 wanita warga asing
Jabatan Imigresen Selangor cawangan Pelabuhan Klang menyelamatkan 105 wanita warga asing yang dikurung di premis empat tingkat sebuah syarikat agensi pembantu rumah.