awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tahan 14 warga asing terlibat kegiatan pelacuran di Subang Jaya

Bernama
Bernama
19/01/2022
07:07 MYT
Imigresen tahan 14 warga asing terlibat kegiatan pelacuran di Subang Jaya
Semua yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Bukit Jalil. - Foto Jabatan Imigresen
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 13 wanita dan seorang lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam serbuan di dua hotel bajet di Subang Jaya, Selangor, malam tadi.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata mereka yang terdiri daripada 12 wanita warganegara Thailand, seorang wanita Myanmar serta seorang lelaki Britain berusia 21 hingga 69 tahun ditahan pada 8.45 malam menerusi Ops Gegar yang dijalankan serentak di kedua-dua premis.
Beliau berkata pihak Imigresen turut mengeluarkan notis hadir memberi keterangan kepada tiga pelanggan lelaki tempatan dan hasil risikan mendapati premis itu dikunjungi pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan asing.
"Pakej perkhidmatan seks ditawarkan pada harga RM200 hingga RM270 bagi tempoh 45 minit dan RM950 bagi langganan 'outcall' bermula dari 10 malam hingga 7 pagi. Pelanggan membuat tempahan melalui laman sesawang dan Telegram," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Dzaimee berkata semasa serbuan, kesemua wanita berkenaan enggan membuka pintu bilik dan membuat provokasi serta memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.
Semasa serbuan, kesemua wanita berkenaan enggan membuka pintu bilik dan membuat provokasi serta memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.- Foto Jabatan imigresen
Semasa serbuan, kesemua wanita berkenaan enggan membuka pintu bilik dan membuat provokasi serta memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri. - Foto Jabatan Imigresen
Beliau berkata serbuan turut menemukan sejumlah kondom dan cecair pelincir bagi tujuan layanan seks.
Katanya semua mereka dihantar ke Depot Imigresen Bukit Jalil, di sini untuk siasatan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#Subang Jaya
#pelacuran
#Khairul Dzaimee Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan