PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) menahan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki terlibat dengan kegiatan pemalsuan dokumen perjalanan, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Khamis lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata lelaki berumur sekitar 30an itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM, dipercayai ketika dalam perjalanan untuk menghantar Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu kepada pelanggan.
Beliau berkata individu yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) itu dipercayai beroperasi secara solo dan mengaut keuntungan kira-kira RM360,000 setahun.
"Anggaran bayaran perkhidmatan yang dikenakan adalah antara RM200 dan RM1,000," katanya dalam sidang media selepas meninjau program Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Imigresen (HBPJIM) 2023 di sini hari ini.
Katanya semasa beg sandang lelaki itu diperiksa, pihaknya menemukan beberapa dokumen palsu seperti dua pelekat PLKS serta pasport Myanmar, dan pihaknya turut menemukan wang tunai RM26,000 di dalam kereta jenis Honda CRV yang dipercayai milik warga Myanmar itu.
Ruslin berkata individu terbabit dipercayai mempromosikan perkhidmatan pemalsuan itu melalui aplikasi Whatsapp dengan menawarkan beberapa perkhidmatan pemalsuan dokumen seperti pasport antarabangsa, PLKS, kad UNHCR, kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), kad perakuan nikah dan lesen memandu antarabangsa.
Beliau berkata susulan penahanan itu, pasukan operasi dibawa ke sebuah kediaman di Sentul yang dipercayai dijadikan lokasi untuk menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen, dan pasukan itu merampas satu unit komputer yang dipercayai digunakan untuk proses pemalsuan dokumen.
Katanya turut ditemukan ialah 26 kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), dua kad CIDB, lapan pasport Myanmar, satu lesen memandu antarabangsa Myanmar dan wang tunai RM1,500.
Ruslin berkata siasatan awal mendapati individu terbabit menjalankan kegiatan berkenaan sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dengan menyasarkan warga Myanmar dan Bangladesh yang mempunyai masalah berkaitan dokumen perjalanan.
Beliau berkata warga Myanmar itu kini ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Susulan penahanan itu, pasukan operasi dibawa ke sebuah kediaman di Sentul yang dipercayai dijadikan lokasi untuk menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen. - Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.