awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tidak akan lindungi pegawai terlibat rasuah

Bernama
Bernama
04/07/2023
10:08 MYT
Imigresen tidak akan lindungi pegawai terlibat rasuah
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai serta anggotanya yang disyaki rasuah dan akan mengambil tindakan di peringkat jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah sama ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ) atau mana-mana Pejabat Imigresen di seluruh negara.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai serta anggotanya yang disyaki rasuah dan akan mengambil tindakan di peringkat jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
Beliau merujuk kepada beberapa laporan berita tempatan yang diterbitkan hari ini yang mengaitkan dakwaan tersebut terhadap segelintir kakitangan jabatan itu.
"JIM menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan berkenaan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, katanya, jabatan ini sentiasa berhubung, berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM untuk membantu proses siasatan dengan lebih telus tanpa sebarang gangguan daripada pihak luar.
Ruslin berkata Jabatan Imigresen juga komited dalam menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga pelawat asing yang memasuki Malaysia.
Hari ini, media tempatan melaporkan terdapat ejen yang meminta sehingga RM18,000 untuk menyelesaikan kemasukan pelancong asing yang tidak memenuhi syarat kemasukan ketika tiba di KLIA.
Penemuan itu dikesan SPRM dalam siasatan awal berhubung insiden di balai ketibaan KLIA membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan beberapa pegawai Imigresen, minggu lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#Rasuah
#Kementerian Dalam Negeri
#Ruslin Jusoh
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan