awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Imperialisme' punca New Zealand tamatkan program Shakespeare di sekolah

Agensi
Agensi
22/10/2022
04:40 MYT
'Imperialisme' punca New Zealand tamatkan program Shakespeare di sekolah
Program Shakespeare dikatakan gagal menunjukkan kaitan dengan "konteks seni kontemporari" dan tertumpu pada genre "berkaitan imperialisme."
WELLINGTON: Adakah karya Shakespeare masih relevan dengan pelajar masa kini?
Majlis seni New Zealand, Creative New Zealand, baru-baru ini menamatkan pembiayaan untuk program Shakespeare di sekolah menengah, dengan alasan ia gagal menunjukkan kaitan dengan "konteks seni kontemporari" dan tertumpu pada genre "berkaitan imperialisme."
Tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan Creative New Zealand, termasuk Perdana Menteri, Jacinda Ardern, yang juga bekas pelajar thespian.
“Saya fikir ia satu program yang hebat,” kata Ardern.
Namun Ardern memaklumkan keputusan itu bukan di tangannya atau kerajaan.
Creative New Zealand dibiayai oleh pembayar cukai tetapi dijalankan secara bebas.
Program berkenaan, yang turut merangkumi bengkel dan festival, telah dijalankan selama kira-kira 30 tahun oleh Pusat Shakespeare Globe New Zealand.
Pelajar boleh menerokai bidang lakonan, pengarahan, rekaan kostum atau menghasilkan runut bunyi.
Kebiasaannya persembahan mengambil latar belakang zaman kontemporari atau terjemahan yang berbeza daripada karya asal yang ditulis oleh William Shakespeare lebih 400 tahun yang lalu.
Pusat itu menerima kira-kira NZD30,000 (RM80,3420) setiap tahun daripada majlis seni, kira-kira 10 peratus daripada bajet keseluruhannya.
Dawn Sanders, ketua eksekutif pusat itu berkata keputusan tersebut mengecewakannya.
"Lebih 120,000 pelajar terlibat dalam festival dan program ini, dan ramai yang kini mempunyai kerjaya profesional dalam teater atau filem.
"Bakinya pula, menggunakan kemahiran lakonan mereka dalam pekerjaan mereka, contohnya peguam, yang dilihat berjaya berhujah dengan lebih baik, atau doktor yang mampu berinteraksi dengan lebih baik dengan pesakit," katanya.
Dalam nota penolakan 11 muka suratnya, bagaimanapun, seorang penilai majlis seni berkata pusat itu telah "membuktikan nilai berterusan" model Shakespeare serantau dan kebangsaan, dengan kira-kira 4,600 anak muda menyertai 24 festival serantau setiap tahun.
Topic Berkaitan
#Shakespeare
#New Zealand
#drama
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan