KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan komited untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeluar aset ketenteraan pada masa akan datang.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu antara usaha kementerian untuk melahirkan syarikat tempatan berjaya mengeluarkan aset ketenteraan tersendiri.
Menurut beliau, setakat ini, Malaysia sudah mengeluarkan peluru sendiri, kereta kebal dan beberapa komponen komposit pesawat selain bekerjasama dengan negara Turki untuk mengeluarkan kereta perisai jenis Gempita.
"Dari segi fokus (kementerian tahun ini) adalah kepada industri pertahanan di mana ia merupakan salah satu impian saya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar aset-aset ketenteraan.
"Negara lain seperti Indonesia sudah menjadi pengeluar kepada aset ketenteraan, malah India juga telah mengeluarkan pesawat pejuang.
"Jadi kita kena mula dari (sekarang), mungkin mulakan untuk bawa kilang pemasangan tempatan (CKD) untuk pasang di sini.
"Pada peringkat awal, kita melakukan usaha sama dengan negara lain (sudah memadai)," katanya dalam sidang media khas sempena setahun Malaysia Prihatin di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau percaya menerusi usaha itu, Malaysia mampu menjadikan negara sebagai pengeluar kepada industri ketenteraan suatu masa nanti.
"Selepas perpindahan teknologi, kita mampu untuk mengeluarkan (aset-aset ketenteraan tertentu).
"Sampai bila kita hanya mahu buat peluru sahaja, oleh itu, suatu hari nanti kita boleh jadi pengeluar (seperti negara-negara lain)," katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menambah, usaha itu turut memberi pengiktirafan kepada industri tempatan dalam mengetengahkan kepakaran masing-masing dalam industri tersebut.
"Dengan peluang ini, saya percaya syarikat tempatan yang berupaya menghasilkan aset ketenteraan ini akan menjadi mentor kepada program-program yang diusahakan kerajaan.
"Setakat ini kita telah menghasilkan kereta perisai yang dibuat DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) di Pekan, Pahang," jelasnya.
Sementara itu, beliau menambah, kerajaan juga memerlukan kos tambahan untuk memperkasakan sistem pertahanan siber daripada ancaman luar.
"Terus terang saya katakan, kita masih memerlukan kewangan yang besar untuk mempertingkatkan sistem keselamatan siber.
"Saya tidak mahu beritahu berapa peratus kemampuan kita, tetapi kita perlukan lebih banyak.
"Perkara ini sebenarnya sangat penting sebab kalau semua maklumat kita diceroboh dan orang luar boleh ambil semua maklumat dalam keselamatan siber, habislah.
"Tiada rahsia lagi dan negara kita tidak akan selamat dari segi pertahanan kerana mereka sudah tahu strategi dan sebagainya," jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Wed Mar 03 2021
ISMAIL SABRI: Ia merupakan salah satu impian saya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar aset-aset ketenteraan. -BERNAMA
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.