awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMR kaji penggunaan air liur, 'deep throat saliva' sebagai sampel kesan COVID-19

Bernama
Bernama
05/02/2021
20:55 MYT
IMR kaji penggunaan air liur, 'deep throat saliva' sebagai sampel kesan COVID-19
Kaedah baru mengesan COVID-19 itu dilihat penting kerana ia bersifat 'self collected' dan akan menjimatkan pemakaian PPE. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang mengkaji untuk menggunakan air liur (awal pagi) dan 'deep throat saliva' untuk dijadikan sampel bagi mengesan COVID-19.
Ketua Unit Virologi IMR Dr T Ravindran berkata ia merupakan penemuan terbaharu bagi menggantikan sampel yang diambil hasil calitan pada hidung dan tekak pada masa ini.
"Ia telah kita nilai, dan memang sebagus sampel yang kita guna sekarang iaitu calitan daripada hidung dan tekak," katanya dalam sesi libat urus media darurat COVID-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan siri 2/201 secara dalam talian di sini semalam.
Kaedah tersebut dilihat penting kerana ia bersifat 'self collected' (dikumpul sendiri) dan akan menjimatkan pemakaian penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE).
Sampel itu juga setakat ini didapati sesuai bagi ujian real-time reverse transcriptase-PCR (RT-PCR).
"Kita juga akan mengkaji sama ada sampel ini sesuai digunakan untuk ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag), kita perlu sedikit masa lagi untuk melengkapkannya," katanya.
Sementara itu dalam sesi yang sama, Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Dr Hani Mat Hussin menyatakan sebanyak 6,336,804 ujian COVID-19 telah dilakukan di seluruh makmal di negara ini sejak 24 Jan tahun lepas.
"Daripada jumlah itu, 4,477,839 ujian dibuat menggunakan RT-PCR manakala sejumlah 1,858,965 ujian lagi menggunakan RTK-Ag," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sampel
#kahak
#air liur
#perubatan
#kesihatan
#saringan
#calitan
#ujian swab
#jimat
#PPE
#T Ravindran
#hidung
#tekak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan