KUALA LUMPUR: Imunisasi merupakan satu-satunya opsyen negara dalam mengekang penularan wabak COVD-19.
Pakar Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata, ini kerana langkah kawalan lain seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) dilihat masih lemah dan bermasalah.
"Kita dapat lihat banyak masalah dalam pelaksanaan SOP malah PKP juga mempunyai banyak kelemahan dalam penguatkuasaannya.
"Senjata yang tinggal dan diketahui berkesan sekarang ialah imunisasi, jadi kerajaan perlu mengambil langkah aktif untuk memastikan setiap penduduk di negara ini menerima vaksin.
"Ini sudah dibuktikan di banyak negara maju, apabila liputan vaksin yang menyeluruh mampu menurunkan angka kes dengan cepat.
"Dalam masa yang sama, kerajaan perlu sentiasa peka dan menambah baik sistem dalam pengagihan vaksin. Membuka peluang kepada orang ramai mendaftar vaksin secara sukarela itu sudah bagus tapi sistem juga perlu kemas untuk memastikan semua berjalan lancar," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI.
Ditanya tentang situasi jangkitan yang semakin meruncing ketika ini, Syed Mohamed Aljunid berkata, tidak tepat untuk menyalahkannya varian baharu sebagai punca, sebaliknya ia mungkin disebabkan oleh saringan secara aktif yang dilakukan.
Beliau juga berpendapat penambahan bilangan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) adalah usaha yang baik dalam memenuhi kehendak sistem kesihatan negara yang ketika ini semakin genting.
"Tetapi dalam masa yang sama ia juga perlu disertai dengan langkah menambah bilangan petugas kesihatan untuk menangani jumlah pesakit COVID-19 masih tinggi. Jika tidak, ia tetap akan menyebabkan tekanan kepada petugas dan sistem kesihatan.
"Kita juga perlu memastikan rawatan yang sama rata tanpa diskriminasi diberi kepada semua penduduk negara ini, termasuk warga asing," ujarnya.
Madiha Abdullah
Sun May 16 2021
Liputan vaksin yang menyeluruh mampu menurunkan angka kes dengan cepat. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.
MCMC adakan libat urus dengan penyedia platform media sosial bulan ini
MCMC akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan SOP melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.
Kelulusan projek pembangunan baharu di KL ditangguhkan sementara - Dr Zaliha
Semua kelulusan projek pembangunan baharu di Kuala Lumpur ditangguhkan buat sementara waktu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
Lesen media sosial pastikan penyedia platform ketat SOP, kekang jenayah dalam talian
Lesen itu adalah bagi mempertanggungjawabkan semua penyedia platform media sosial agar mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan komuniti.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.