KUALA LUMPUR: Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) tidak seharusnya menggunakan acuan mana-mana negara sebagai piawaian.
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, maka kita terikat daripada membincangkan isu-isu sensitif secara terbuka kerana ia boleh menggugat keharmonian.
"Kita tidak boleh menggunakan acuan sesebuah negara untuk dijadikan sebagai piawaian kepada kita, ia harus disesuaikan dengan keadaan sensitiviti masyarakat di Malaysia yang bukan sahaja terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama tetapi juga kita ada raja-raja.
"Pada hemat saya ia harus disantuni oleh masyarakat Malaysia daripada apa bangsa sekalipun," katanya kepada pemberita selepas majlis merasmikan Kompleks Rumah GAPENA dan Majlis Aidilfitri bersama-sama penulis di sini, pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Malaysia di tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh RSF berbanding tangga ke-73 tahun lalu.
Bagi negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan kedua dipintas oleh Thailand yang berada pada tangga ke-87 diikuti Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid meminta Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melihat perkara itu agar soal kebebasan media dapat ditingkatkan semula dengan memberi tumpuan kepada kawalan kendiri.
Umavathi Ramayah
Sun May 05 2024
Ahmad Zahid mengulas mengenai kedudukan Malaysia di tempat ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh RSF berbanding tangga ke-73 tahun lalu. - Bernama
Seorang warga Palestin terkorban diserang polis Israel
Menteri Kesihatan Palestin berkata seorang rakyat Palestin mati ditembak dan lima individu cedera dalam kejadian itu.
AWANI Pagi: 'The Experts' Tampilkan Naskhah Filem Heist Penuh Bergaya
Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir, Filem terbaharu terbitan Astro Shaw ‘The Experts’ sememangnya menjanjikan penonton sebuah kelainan.
Ikuti perkongsian AWANI Pagi bersama pengarah dan pelakon filem ini sendiri dalam merungkai kisah disebalik pembikinan filem ini.
Ikuti perkongsian AWANI Pagi bersama pengarah dan pelakon filem ini sendiri dalam merungkai kisah disebalik pembikinan filem ini.
Lima cedera, bas ekspres rempuh belakang treler
Terdapat seramai 26 orang dalam bas ekspres itu iaitu 11 wanita, 10 lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.
reels test 3
AWANI Pagi: Kelip-kelip Keunikan Biodiversiti Malaysia
Kelip-kelip, satu spesis hidupan yang unik dan menyerikan lagi kepelbagaian biodiversiti kita.
AWANI Pagi bersama pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh dalam merungkai kepentingannya kepada hidupan seharian kita.
AWANI Pagi bersama pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh dalam merungkai kepentingannya kepada hidupan seharian kita.
Thailand umum pengecualian visa kepada 93 negara, rancakkan sektor pelancongan
Pengumuman itu membolehkan pelancong dari negara terlibat memasuki Thailand tanpa visa dan boleh tinggal sehingga maksimum 60 hari.
Hamas sedia meterai perjanjian jika Israel tamatkan perang
Namun ia memberi kata putus sedia untuk memeterai perjanjian, termasuk berkaitan pertukaran tahanan, sekiranya Israel menamatkan perang.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
Resolusi dicadang Algeria gagal salahkan Hamas - AS
Vedant Patel berkata, resolusi itu gagal menyatakan bahawa Hamas adalah pihak yang perlu disalahkan dalam konflik Israel-Palestin.
AS sahkan bantuan kemanusiaan ke Gaza tertangguh akibat serangan Israel
Bantuan kemanusiaan AS ke Gaza tertangguh disebabkan serangan Israel. Pentagon juga mengesahkan jeti sementara dibina tentera AS musnah, penghantaran udara terakhir pada 9 Mei lalu.
Selamatkan negara, lindungi hak rakyat lebih penting berbanding pengiktirafan antarabangsa - PM
Perdana Menteri berkata ia adalah lebih penting berbanding memperoleh markah yang tinggi untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Kerajaan akan teliti cadangan RSF baiki indeks kebebasan media - Fahmi
Beliau mengalu-alukan kesediaan badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu untuk bekerjasama dengan Malaysia.
Malaysia berada di tangga ke-73 Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 - RSF
Malaysia berada di tangga ke-73 Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 berdasarkan laporan Reporters Without Borders (RSF), berbanding tangga ke-133 tahun lepas.
Malaysia MADANI: Kerajaan Perpaduan komited dukung hak kebebasan bersuara
Pencapaian yang lebih baik di bawah pentadbiran kerajaan hari ini dapat dilihat menerusi Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 keluaran RFS.
Media tidak dimiliki kerajaan - Gobind
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Sigh Deo menegaskan media di negara ini tidak dimiliki oleh kerajaan.