awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Pelopor Malaysia susut 0.2 peratus pada November 2023 - Jabatan Perangkaan

Bernama
Bernama
24/01/2024
20:30 MYT
Indeks Pelopor Malaysia susut 0.2 peratus pada November 2023 - Jabatan Perangkaan
Mohd Uzir berkata, berdasarkan arah aliran jangka panjang yang lancar pada November 2023, IP kekal di bawah trend 100.0 mata. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Indeks Pelopor (IP) Malaysia mencatat penurunan 0.2 peratus kepada 109.8 mata pada November 2023 berbanding 110.0 mata bagi tempoh sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
Dalam kenyataan Penunjuk Ekonomi Malaysia : Indek,s Pelopor, Serentak dan Susulan bagi November 2023 yang dikeluarkan pada Rabu, jabatan itu berkata IP digunakan untuk mengunjurkan arah aliran ekonomi secara purata empat hingga enam bulan ke hadapan.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, berdasarkan arah aliran jangka panjang yang lancar pada November 2023, IP kekal di bawah trend 100.0 mata.
Sehubungan itu, ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan sederhana, disokong oleh prestasi berdaya tahan industri berorientasikan domestik meskipun terus berdepan dengan ketidakpastian pasaran antarabangsa.
"Penurunan IP bagi November 2023 itu disebabkan oleh prestasi kurang memberangsangkan dalam bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaannya (-25.8 peratus) dan import benar semikonduktor (-18.3 peratus).
"Bagaimanapun, Indeks Perusahaan Bursa Malaysia menunjukkan pertumbuhan sebanyak 17.1 peratus dan kekal positif sejak Mei 2023," katanya.
Prestasi bulanan IP pula melonjak semula kepada 0.5 peratus berbanding negatif 0.1 peratus pada bulan sebelumnya, didorong oleh peningkatan ketara dalam import benar semikonduktor (1.0 peratus).
Bagi kedudukan ekonomi semasa, Mohd Uzir berkata Indeks Serentak (IS) mencatat 123.7 mata --peningkatan sebanyak 2.6 peratus berbanding 120.3 mata dalam bulan sama tahun sebelumnya.
"Prestasi ini disumbangkan oleh kesemua komponen terutamanya Nilai Caruman Benar dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (13.7 peratus).
"Berbeza dengan prestasi tahunan, IS bulanan susut negatif 0.3 peratus dipengaruhi oleh prestasi hambar bagi kesemua komponen kecuali gaji dan upah benar pembuatan (0.1 peratus)," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Uzir Mahidin
#Indeks Pelopor Malaysia
#susut
#Jabatan Perangkaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan