awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Persepsi Rasuah 2017: Malaysia lepasi purata dunia, Asia Pasifik

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/02/2018
07:37 MYT
Indeks Persepsi Rasuah 2017: Malaysia lepasi purata dunia, Asia Pasifik
Malaysia yang mendapat 47 mata, berjaya melepasi skor purata global iaitu 43 mata serta skor purata Asia Pasifik iaitu 44 mata. - Foto Fail / AFP
Kedudukan Malaysia dalam capaian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 turun kepada kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara berbanding 55 pada 2016.
Menurut indeks yang dikeluarkan Transparency International (TI), ukuran skor Malaysia juga menurun dua mata kepada 47 berbanding 49 pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Malaysia melepasi skor purata di peringkat global iaitu 43 mata serta skor purata di peringkat Asia Pasifik iaitu 44 mata.
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata penurunan skor itu disebabkan oleh beberapa kes berprofil tinggi yang masih dalam siasatan.
Sementara itu, New Zealand menduduki tangga pertama dengan skor 89, Denmark di kedudukan kedua, Finland (3), Norway (4) dan Switzerland (5).
Di peringkat ASEAN, Malaysia berada di kedudukan ketiga selepas Singapura yang menduduki tangga pertama iaitu kedudukan keenam dunia manakala Brunei melonjak ke tangga kedua (tangga ke-32 dunia).
Sementara itu, di peringkat negara-negara Islam seluruh dunia, Malaysia menduduki tangga kelima.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendahului senarai negara Islam dengan menduduki tangga ke-22 dunia, diikuti Qatar (29), Brunei (32) dan Arab Saudi (57).
Somalia yang berada pada kedudukan terbawah mencatatkan skor terendah dengan sembilan mata, diikuti Sudan Selatan 12 mata, Syria (14), Afghanistan (15), Sudan (16) dan Yaman 16 mata.
Topic Berkaitan
#CPI
#Datuk Akhbar Satar
#Indeks Persepsi Rasuah
#kedudukan
#kes berprofil tinggi
#pencapaian
#Rasuah
#TI-M
#Transparency International-Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan