awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks persepsi rasuah: Usaha kita ke arah yang betul - Pemandu

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
03/12/2014
13:28 MYT
Indeks persepsi rasuah: Usaha kita ke arah yang betul - Pemandu
Ketika memulakan Program Transformasi Kerajaan pada tahun 2010, Malaysia berada pada kedudukan ke-56.
Penambahbaikkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa usaha-usaha pelbagai pihak yang dilaksanakan sejak lima tahun lepas berada dalam arah yang betul.
Keputusan 2014 itu menunjukkan Malaysia telah naik tiga anak tangga, dari tempat ke-53 tahun lepas ke-50 tahun ini, dengan mata CPI 52 iaitu sama dengan mata tertinggi yang pernah dicapai pada tahun 2003.
Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata ketika memulakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun 2010, Malaysia berada pada kedudukan ke-56.
"Pencapaian kali ini sepadan dengan penunjuk antarabangsa lain seperti tinjauan perniagaan Bank Dunia yang menyaksikan Malaysia bergerak dari tempat ke-23 pada tahun 2010 kepada tempat ke-6 pada tahun 2014.
"Ini bermakna Program Transformasi Negara berada di landasan yang betul.
"Namun begitu, lebih banyak usaha perlu dilakukan dan dedikasi ke arah menghapuskan rasuah mesti diteruskan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah NKRA Anti Rasuah Pemandu, Ravindran Devagunam berkata peningkatan di dalam mata CPI ini harus harus dikaitkan dengan usaha bersama pelbagai pihak dalam meningkatkan amalan anti rasuah .
CPI, yang ditadbir oleh Transparency International ialah indeks yang mencerminkan tahap rasuah sektor awam di kalangan 175 negara.
Skor setiap negara diambil dari gabungan dua belas tinjauan dan penilaian rasuah, yang dikumpulkan oleh pelbagai institusi bereputasi.
Topic Berkaitan
#gtp
#Idris Jala
#Indeks Persepsi Rasuah (CPI)
#pemandu
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan