awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks rasuah negara jatuh! Bantuan anda ditagih, jadilah 'RasuahBusters'

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2021
06:59 MYT
Indeks rasuah negara jatuh! Bantuan anda ditagih, jadilah 'RasuahBusters'
Gerakan Sinar Rasuah Busters bertujuan membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung masalah rasuah - Gambar Laman sesawang Sinar Harian
KUALA LUMPUR:Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2020 jatuh enam anak tangga daripada kedudukan ke-51 pada 2019 kepada 57 daripada 180 negara.
Ia sekali gus menyaksikan skor yang dicatatkan oleh Malaysia menurun kepada 51 daripada 100, berbanding 53 pada tahun sebelumnya.
Justeru, pelbagai usaha telah pun dilakukan untuk membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung gejala rasuah termasuk pelancaran Gerakan Sinar Rasuah Busters, baru-baru ini.
Melalui kempen tersebut, jelas Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, rakyat diharap menjadi 'mata dan telinga' serta mempunyai keberanian untuk melaporkan salah laku rasuah kepada pihak berwajib.
Bagi merealisasikan gerakan daripada rakyat demi rakyat itu, pendaftaran sebagai sukarelawan Gerakan Rasuah Busters kini dibuka.
Orang awam yang berminat boleh membuat pendaftaran sebagai #RasuahBusters di laman sesawang info.sinarharian.com.
Selain itu, maklumat lanjut berhubung gerakan tersebut juga boleh diperolehi menerusi Facebook, Twitter dan Instagram Rasuah Busters, atau WhatsApp di 019-3823635 dan 019-6680920.
Topic Berkaitan
#GERAKAN
#Gerakan Sinar Rasuah Busters
#Rasuah
#Indeks Persepsi Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan