awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India bawa pulang diplomat, warganya dari Kabul

Bernama
Bernama
17/08/2021
21:20 MYT
India bawa pulang diplomat, warganya dari Kabul
Anggota keselamatan di kedutaan dan rakyat India yang lain adalah antara yang dipindahkan. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Sebuah pesawat C-17 Tentera Udara India (IAF) menerbangkan lebih 120 rakyat India, termasuk diplomat, dari Kabul dan mendarat di Gujarat pada Selasa, kata seorang pegawai kerajaan.
Itu adalah penerbangan pertama yang membawa keluar rakyat dan diplomat India di tengah ketegangan yang semakin meruncing di Afghanistan selepas Taliban mengambil alih kuasa di Kabul, lapor Xinhua.
Anggota keselamatan di kedutaan dan rakyat India yang lain adalah antara yang dipindahkan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar, Arindam Bagchi, kerajaan India telah memutuskan untuk memanggil pulang duta dan petugas kedutaan di Kabul.
Terdahulu,menerusi akaun Twitter Bagchi berkata berdasarkan keadaan yang berlaku, India memutuskan duta dan staf di Kabul perlu segera dibawa pulang.
Sebelum itu, Menteri Luar Dr Subrahmanyam Jaishankar turut mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken mengenai situasi terkini di Afghanistan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Kabul
#India
#rakyat india
#bawa pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan