awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India henti eksport gandum berkuat kuasa serta-merta

Bernama
Bernama
14/05/2022
09:49 MYT
India henti eksport gandum berkuat kuasa serta-merta
Larangan eksport itu memandangkan konflik Rusia-Ukraine telah mengganggu bekalan gandum global dan komoditi utama lain. - Gambar hiasan/Unsplash
NEW DELHI: India menghentikan eksport gandum berkuat kuasa serta-merta dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan makanannya.
Ketua Pengarah Perdagangan Luar Negara di bawah Kementerian Perdagangan dalam satu pemberitahuan bertarikh 13 Mei memaklumkan ekoran harga global yang tinggi "disebabkan pelbagai faktor," keselamatan makanan India berdepan risiko.
Eksport gandum ke negara lain hanya dibenarkan "atas kelulusan Kerajaan India dan berdasarkan permintaan kerajaan mereka."
Larangan eksport itu memandangkan konflik Rusia-Ukraine telah mengganggu bekalan gandum global dan komoditi utama lain.
Keadaan itu bertentangan dengan hasrat India untuk meningkatkan eksport gandum tahun ini dengan memanfaatkan situasi bekalan dunia.
Pada Khamis, Kementerian Perdagangan India dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan akan menghantar delegasi perdagangan ke Maghribi, Tunisia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Turki, Algeria dan Lubnan untuk meneroka kemungkinan meningkatkan eksport gandum dari India.
India mengeksport tujuh juta tan metrik gandum bernilai kira-kira AS$2 bilion pada tahun kewangan 2021-22 dan separuh daripadanya dibeli oleh Bangladesh.
Laporan media baru-baru ini menyatakan pengeluaran gandum India tahun ini terjejas akibat gelombang haba.
Negara itu juga berdepan peningkatan inflasi makanan berikutan harga komoditi global yang lebih tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#eksport
#gandum
#Keselamatan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan