awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indikator SDG: RMK-12 bawa hala tuju jelas

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/10/2021
20:45 MYT
Indikator SDG: RMK-12 bawa hala tuju jelas
RMK-12 diluluskan tanpa sebarang pindaan pada 7 Okt lalu. Terdahulu, ia dibentangkan Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat 27 Sept. - Gambar fail/Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) memperincikan hala tuju negara yang jelas apabila meletakkan pembangunan lestari dan mampan sebagai salah satu tema utamanya.
Pengarah Kanan (Penyelidikan) ISIS Malaysia Alizan Mahadi berpendapat, RMK-12 bersifat agak komprehensif dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang telah dan sedang dijajarkan, malah turut menawarkan game changer yang dilihat mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi.
"Dalam RMK-12 memang jelas Malaysia menuju ke arah kelestarian. Tetapi game changer ialah aspek seperti kelestarian alam sekitar, bukan sahaja diletakkan di bawah bab alam sekitar tetapi juga di bawah bab lain yang fokus kepada pertumbuhan hijau, sebagai pemangkin penjanaan ekonomi.
"Kita nampak semua ini diintegrasikan dalam RMK-12. Cabarannya ialah, masih ada dimensi yang merosot seperti fokus urus tadbir yang memerlukan langkah untuk menterjemahkan rancangan dan matlamat menjadi pelaksanaan," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI.
Alizan juga melihat keperluan untuk fokus kepada perkara paling mudah dan keutamaan segera, iaitu pemulihan situasi COVID-19.
"Pertama, kena ambil maklum yang kesan COVID ini sangat buruk, jadi perlu tambah baik sistemn perlindungan sosial selepas pendapatan garis kemiskinan ditingkat bagi meneruskan kelangsungan hidup.
"Berdasarkan kajian, banyak pakej pemulihan lebih fokus kepada suntikan fiskal, jadi saya lihat perlu tingkatkan bantuan secara langsung.
"Kita juga perlu memanfaatkan dasar dan usaha sedia ada. COVID-19 ini menyedarkan kita yang semua anggota masyarakat mampu memainkan peranan, contoh paling mudah adalah kejayaan inisiatif 'Kita jaga kita'.
"Sekarang kita boleh fokus inisiatif sedia ada dalam SDG yang kita panggil kumpulan rentas parti Parlimen, iaitu usaha bipartisan yang membawa kerjasama semua bagi laksanakan SDG," tambahnya.
Ketika ini, Malaysia sudah menyediakan 128 indikator atau 52 peratus SDG daripada 247 indikator yang ditetapkan di peringkat global pada 2019.
Indikator SDG | Malaysia menunjukkan prestasi baik
Topic Berkaitan
#RMKe-12
#hala tuju negara
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#indikator SDG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan