KUALA LUMPUR:Seorang guru tadika M. Indira Gandhi semalam memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta tiga lagi yang didakwa gagal melaksanakan waran komital untuk menangkap bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah, dan memulangkan anak perempuan mereka berusia 12 tahun yang dilarikan lelaki itu kira-kira 11 tahun lepas.
Indira, 45, memfailkan saman itu melalui Tetuan Raj & Sach melalui sistem e-pemfailan dengan menamakan Ketua Polis Negara (KPN), PDRM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.
Dalam penyataan tuntutan, plaintif mendakwa defendan pertama iaitu KPN telah dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah mandamus daripada Mahkamah Persekutuan kerana gagal membuat siasatan atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan Prasana Diksa kepadanya.
Indira mendakwa KPN dalam kenyataan media pada 27 Jan lepas telah menyatakan bahawa beliau mengetahui lokasi bekas suaminya yang sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan, 51, dan sedang berusaha mencapai suatu ‘akhiran bahagia’ untuk plaintif.
“Kenyataan defendan pertama dengan jelas menunjukkan bahawa defendan pertama tidak menangkap Muhammad Riduan (Patmanathan) dan mengembalikan Prasana kepada saya walaupun beliau mempunyai pengetahuan akan lokasi Muhammad Riduan,” kata wanita itu.
Beliau mendakwa kesemua defendan mempunyai peranan dalam membuat keputusan atau memberi arahan kepada PDRM bagi melaksanakan waran komital terhadap Muhammad Riduan seperti yang diperintahkan Mahkamah Persekutuan pada 29 April 2016.
Plaintif juga mendakwa kelakuan kesemua defendan secara langsung menyebabkan perpisahan antara beliau dengan anak bongsunya itu berlanjutan sehingga semalam dan Muhammad Riduan berjaya melarikan diri.
Oleh itu, Indira antara lain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta faedah selain memohon deklarasi bahawa defendan pertama telah melakukan ‘tort nonfeasance’ di pejabat awam dan defendan kedua, ketiga dan keempat bertanggungjawab secara vikarius bagi tort nonfeasance yang dilakukan defendan pertama.
Indira berkata beliau telah berkahwin dengan Patmanathan pada 10 April 1993 dan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata pada 11 Mac 2009, lelaki itu telah memeluk agama Islam dan turut menukar agama ketiga-tiga anak mereka kepada Islam serta memperoleh hak penjagaan kesemua anak mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada 29 Sept 2009.
Menurut plaintif, beliau kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil di Ipoh bagi mendapatkan hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka dan permohonannya dibenarkan pada 11 Mac 2010.
Bagaimanapun, Indira berkata selepas itu, anak bongsu mereka iaitu Prasana telah diambil secara paksa oleh Muhammad Riduan. Pasangan itu telah bercerai pada 8 Ogos 2012.
Indira berkata pada 30 Mei 2014, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan Muhammad Riduan dipenjarakan sehingga lelaki itu memulangkan anak bongsu mereka kepadanya dan beliau juga telah memfailkan semakan kehakiman di mahkamah sama bagi mendapatkan perintah mandamus supaya defendan pertama menguatkuasakan perintah komital terhadap Muhammad Riduan.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 Sept 2014 membenarkan permohonannya namun keputusan itu diketepikan Mahkamah Rayuan.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 29 April 2016 membenarkan rayuannya dan memutuskan supaya Muhammad Riduan ditangkap dan waran komital perlu dilaksanakan terhadap lelaki itu.
Sementara itu, peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Indira, ketika dihubungi pemberita memaklumkan bahawa anak guamnya akan menuntut ganti rugi RM100 juta dalam saman tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 28 2020
Indira berkata, pada 30 Mei 2014, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan Muhammad Riduan dipenjarakan sehingga lelaki itu memulangkan anak bongsu mereka kepadanya.
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
Buruh Indonesia bunuh kekasih terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Seorang buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh kekasih.
Bunuh teman wanita: Bekas guru agama terlepas hukuman gantung, dipenjara 33 tahun 12 sebatan
Seorang bekas guru agama terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).